14 Mac 2009

Nyawa UMNO Tinggal Pada Felda dan Undi Pos

Kemaman - Kepercayaan rakyat semakin terhakis UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negara ini sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu.

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata UMNO/BN hilang beberapa buah negeri dan yang terselamat kerana bergantung nyawa dengan Felda dan undi pos.

“UMNO kini hanya diselamatkan oleh dua tali hayat iaitu pengundi Melayu di Felda dan Undi Pos untuk memenangkan Barisan Nasional dalam pilihan raya,” ujarnya dalam Majlis Ceramah Air Mata Palestin di perkarangan Pasti Mak Cili, Chukai, disini semalam.

Oleh itu, menurutnya PAS perlu mempertingkatkan lagi usaha penerangan dan kempen terutama pengundi Melayu di rancangan tanah Felda.

Menurutnya, tekanan dan sekatan pihak berkuasa Felda menyebabkan PAS dan Pakatan Rakyat sukar menguasai kawasan tanah rancangan Felda.

Beliau turut mendakwa UMNO/BN sengaja tidak mahu menyelesaikan krisis di negeri Perak secara baik dan mudah.

Katanya, masalah yang berlaku di Perak wajar diserahkan kembali kepada rakyat dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) serta mengadakan pilihan raya semula.

“Serah semula mandat kepada rakyat selesai masalah tetapi Umno-BN sengaja tidak mahu selesai dengan cara yang mudah.

“Kami (PAS) tidak berganjak, Menteri Besar kami (PAS) tetap Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin kecuali kamu bubar Dewan Undangan Negeri.

“Kami (PAS) akan tentukan sama ada dia (Nizar) masih calon lagi atau tidak. Selagi tidak bubar Dun itulah Menteri Besar kita (rakyat),” jelasnya ketika mengulas kemelut politik di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat selepas PRU 12.

Mohamad menegaskan Perak kini mempunyai ‘dua’ Menteri Besar dan barisan Exco Kerajaan Negeri sejak krisis berlaku sebulan lalu.

Di majlis yang sama, PAS Kawasan Kemaman telah menyumbangkan RM106,000 kepada Tabung Rayuan Gaza anjuran Yayasan Amal Malaysia (Amal) hasil dari sumbangan derma orang ramai.

Hadir sama pada majlis tersebut Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Mohamad Fauzi Abu Samah.

Seminar Pendidikan Islam Kontemporari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2009

Kuala Terengganu - Satu seminar pendidikan Anjuran Lujnah Pendidikan PAS Pusat akan diadakan di Ma'ahad Tahfiz wal Tarbiyaah Darul Iman (MTT), Tok Jiring, Terengganu pada 14 dan 15 Mac, 2009.


Seminar Pendidikan Islam Malaysia Kontemporari Kebangsaan 2009 bertemakan "Menangani Kelangsungan Pendidikan Ummah" yang dilangsungkan selama dua hari bertujuan menyedarkan masyarakat tentang pendidikan Islam Kontemporari di negara kita.

Ia juga diharapkan dapat membantu merencana idea bagi pembangunan pendidikan Islam Haraki di seluruh negara.

Selain itu, seminar ini juga ingin menjadikan pendidikan bersepadu / tahfizul Quran sebagai pendekatan alternatif dalam pendidikan.

Empat kertas kerja yang menyentuh isu-isu pendidikan akan dibentangkan oleh pembentang dari pelbagai latar-belakang sepanjang seminar ini.

Tajuk-tajuk kertas tersebut seperti dibawah;

Pendidikan Islam di Malaysia: Falsafah dan Realiti Semasa



KAFFAH: Pendidikan Haraki Semi Formal Peringkat Rendah

Pendidikan Islam Bersepadu: Suatu Keperluan?

Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Swasta Islam: Pengiktirafan atau Bersendirian?

SERI: Pendidikan Rendah Islam suatu keperluan?

Pihak penganjur berharao seminar ini dapat mengorak langkah ke arah melahirkan kepimpinan pendidikan di dalam masyarakat dan seterusnya dapat membawa masyarakat bersama-sama mendepani isu-isu pendidikan Islam semasa.

Sebarang pertanyaan boleh disalurkan kepada sekretariat penganjur seminar di e-mel sinardidik@yahoo.com.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau hubungi Setiausaha Sekretariat Seminar di talian; 017- 4120225.

13 Mac 2009

Isu PPSMI - PAS Bukan Dalang, Tapi Pejuang


Kuala Terengganu – Tidak mungkin para profesor, berpuluh-puluh orang profesor, diketuai oleh Datuk Dr Hassan Ahmad, Profesor Dr Shahrir Md Zin, Profesor Ameritus Dr Abdullah Hassan, (Dr) Profesor Nik Safiah Karim, Prof. Dr. Awang Sariyan, Profesor Dr. Nik Safiah Karim, A. Samad Said (Sasterawan Negara), Dato' Dr. Anuar Ridzuan dan ramai lagi, semuanya sanggup dijadikan dalang dan ditunggangi ?

Demikian soal Ketua Lujnah Pendidikan PAS Pusat, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik ketika menolak kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Razak bahawa bantahan terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) didalangi pembangkang.

Menurutnya PAS sudah memperjuangkan isu PPSMI sejak ia mula dilaksanakan tahun 2003 dimana anak kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat Prak, Dato’ Seri Nizar Jamaludin telah menyaman kerajaan kerana melaksanakan dasar tersebut.

Beliau berkata dalam keadaan sekarang, PAS meneruskan perjuangannya membantah dasar tersebut dan kemudian timbul Gerakan Mansuhkan PPSMI yang dipimpin oleh Bekas Ketua Pengarah Dewan bahasa dan Pustaka, Datuk Dr Hassan Ahmad.

“Tinggal lagi kebelakangan ini muncul gerakan GMP, Gapena juga diambil perjalanan oleh Dr, Ismail Husin dan bepluh-puluh pensyarah di universiti mengambil perjalanan, mereka bergerak dalam konteks untuk mencari sokongan,

“PAS sudah ada (berjuang) jadi PAS menawarkan apa-apa kemudahan, sebab ia memang selari dengan hasrat (perjuangan) PAS, kemudian mereka nak pinjam pentas PAS, nak minta bantuan, kita tolonglah,”jelas beliau dalam sidang media di sini semalam.

Katanya terpulang kepada pihak tertentu yang melihatnya sebagai agenda politik, pendirian PAS melihat PPSMI tiada jalan (ruang) untuk kerajaan laksanakan.

Katanya dasar tersebut yang dilaksanakan tergesa-gesa perlu dihentikan kerana ia bercanggah dengan perlembagaan, dengan akta pendidikan, dengan suara rakyat dan bercanggah kaedah pembangunan kokurikulum.

“Yang sebenarnya kita (PAS) yang diperalatkan oleh GMP kalau nak dikatakan diperalatkan oleh GMP pun, kita sanggup diperalatkan,

“kalau sekiranya ‘bahasa’ nak diperalatkan itu hendak dipinjamkan, PAS begitulah, Kita akan turun lagi, kalau sekiranya GMP perlukan kita,”tambah Ustaz Abu Bakar apabila ditanya adakah PAS yang diperalatakan dalam isu PPSMI ini.

Katanya, sebagai parti politik, PAS sentiasa menyokong dan memimpin perjuangan rakyat dinegara ini dan bersedia menawarkan bantuan kepada mana-mana pihak.

Terdahulu, beliau memaklumkan, Yayasan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan akan membuka satu platform membincangkan isu pendidikan negara dalam Seminar Pendidikan Islam Kontemporari Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Maahad Tahfidz Wal Tarbiyah, Tok Jiring, Sabtu dan Ahad ini.

Menurutnya, seminar berkenaan bertujuan melihat permasalahan pendidikan di Malaysia yang tidak mantap terutama dari aspek kerohanian memandangkan masih ramai tidak bersikap amanah sebaik memasuki alam pekerjaan.



Sebanyak enam kertas kerja akan dibentangkan dalam seminar dua hari itu oleh tokoh-tokoh pendidikan daripada PAS untuk mencari resolusi dalam usaha membantu memantapkan pendidikan negara.

12 Mac 2009

Dakwaan Salah Laku NC UDM - Mampat Buat Laporan Polis


Kuala Terengganu - Setelah meneliti surat tanpa nama yang dihantar kepada pihaknya dan membuat beberapa semakan dan kajian, Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu Mampat) membuat laporan berkaitan Salah Laku Naib Chancelor (NC) Universiti Darul Iman (UDM) sebagaimana kanduangan surat tersebut.

Berita tentang surat yang dihantar kepada Mampat telah disiarkan dalam Buletinonline pada 5 Mac Lalu dengan tajuk Dato’ NC UDM Didakwa Melakukan Salah Laku dan Penyelewengan

Berikut adalah isi laporan polis yang dibuat oleh Pengerusi Mampat, Cikgu Fauzi Abu Samah. Berita selanjutnya akan dipaparkan kemudian

LAPORAN POLIS

Pembuat Report : MOHAMAD FAUZI BIN ABU SAMAH

No . K/P : 721015-04-5069

Alamat : KAMPUNG GONG BADAK, 21300 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU, DARUL IMAN.

No. Tel : : 013-9238685

Laporan

Pada 24/02/2009 ketika memasuki Pejabat saya di Taman Desa Pusu 3, saya melihat terdapat satu sampul surat bertutup diselitkan di pinta masuk pejabat. Apabila membukanya saya dapati terdapat satu salinan 3 helai surat di tujukan kepada Pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT).

Surat yang diterima oleh MAMPAT adalah berkaitan “Luahan Hati Kakitangan UDM Terhadap Salah Laku Pihak Pengurusan UDM”.
Pada 25/02/09 ketika membuka email peribadi, saya sekali lagi menerima email daripada individu yang tidak dikenali yang menggunakan “nick name”

Jonnnnyyy09 yang menghantar surat yang sama dalam bentuk “soft copy”. Merasakan ianya mungkin penting, saya mengambil keputusan memaparkannya di dalam blog MAMPAT di alamat www.mampat.blogspot.com Bersama ini disertakan surat yang kami terima.

Tujuan MAMPAT membuat Laporan Polis adalah untuk meminta sekiranya Laporan itu benar, MAMPAT meminta Polis dan SPRM untuk menyiasat dengan mendalam dan memperbetulkan serta memperbaiki keadaan yang berlaku di UDM. Sekiranya Laporan itu tidak benar, adalah diharapkan Dato’ NC UDM dapat membersihkan nama beliau dan UDM dan memperjelaskan keadaan dan kedudukan sebenar.

Sekira perkara di atas tidak di ambil tindakan saya bimbang kakitangan UDM akan menjadi hilang hormat kepada Pentadbiran terutama kepada Dato’ NC.

Sekian sahaja report saya.
Mohamad Fauzi Abu Samah
721015-04-5069

Seloka Tok Guru Nik Aziz Menjadi Azimat AMK di Batang Ai


Kuala Terengganu – Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Kawasan Batang Ai telah lama dipermainkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan janji-janji dusta.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Cikgu Fariz Musa, berkata demikian ketika mengulas tinjauan beliau ke DUN tersebut baru-baru ini.

Menurut beliau, pengundi DUN Batang Ai telah sedar mereka telah tertipu dan berjanji akan membuat perubahan dalam pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 7 April depan.

“Penerimaan orang (Batang Ai) terhadap kita sudah berbeza, kalau tujuh, lapan tahun dulu kita pergi, kita akan dihalau, tapi kini, mereka menerima dengan baik,”katanya yang juga Timbalan AMK Malaysia.

Beliau berkata PKR akan menggunakan isu-isu tempatan berkaitan pembangunan dan janji dusta BN sebagai bahan kempen sepanjang PRK Batang Ai.

“Isu-isu tempatan, terutama sekali janji-jani yang dibuat oleh BN yang tidak ditunaikan, contohnya (pembinaan) jalan utama dari Lubuk Antu ke Batang Ai, sehingga sekarang sudah 28 tahun masih tidak siap, masih dalam keadaan berbatu-batu,”ujarnya ketika ditemui, Buletinonline, disini semalam.

Katanya ramai penduduk DUN Batang Ai yang masih bergelap kerana tidak mendapat bekalan elektrik dan juga mandi air telaga kerana belum mendapat bekalan air bersih.

“Menteri-menteri BN juga yang datang sebelum ini pernah berjanji, antaranya Menteri Pelajaran, Dato’ Hishamudin pernah berjanji akan mendirikan bangunan sekolah tiga tingkat, sehingga kini, sekeping bata pun tak ada,”tambah Fariz

Katanya, potensi Pakatan Rakyat yang akan diwakili PKR untuk menang amat cerah sekiranya BN tidak menggunakan tipu helah dan politik wang (rasuah) dalam PRK itu.

Justeru, seloka tersohor ungkapan Mursyidul Am PAS Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi azimat bagi menyedarkan pengundi supaya tidak lagi termakan dengan tawaran BN dalam kempen PRK nanti.

“Bagi gula, kacau - bagi kain, pakai - bagi duit, ambik, tapi bila pangkah, pangkah PKR,”kata Fariz ketika berceramah di rumah panjang Kampung Nga, Tutung, Batang Ai, pada 8hb, Mac lalu.

Seramai lebih 150 orang keluarga besar rumah panjang tersebut, yang diketuai oleh Entrong anak Bayang, hadir mendengar ceramah pada malam itu.

Turut menyampaikan ceramah adalah Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar dan Ketua AMK Sarawak, Rahmat Aidil bin Latip.

11 Mac 2009

Kebanjiran Pekerja Asing Angkara Kerajaan UMNO/BN

Kemaman – Kebanjiran pekerja asing di Malaysia adalah angkara kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pemimpin UMNO yang berniaga mengaut keuntungan dengan ‘berniaga orang’.

“Kelmarin kita dengar, Encik Talaat Mahmud Khan Penasihat Buruh Suruhanjaya Tinggi Bangladesh kata, ada 70,000 orang Bangladesh yang sudah ada visa tengah tunggu nak masuk Malaysia nak kerja,

“orang tengah kena buang kerja, kita nak ambil Bangladesh masuk, Syed Hamid pun kelam kabut, (dia kata) bukan zaman saya lulus tu, itu orang lama dulu,

“orang lama pun UMNO juga !,”kata Hj Muhyidin Rashid, Ketua Penerangan PAS Terengganu dalam ceramah penerangan di Kampung Paya Berenjut, Kemaman, semalam.

Menurut beliau, visa pekerja seramai 70,000 yang telah dikeluarkan itu, dibatalkan semula apabila pelbagai lapisan rakyat membantah.

Namun katanya, sebanyak 500,000 visa yang telah dikeluarkan untuk pekerja Bangladesh dan 100,000 visa untuk pekerja Pakistan telah dikeluarkan sebelum ini .

Katanya kebanjiran pekerja asing berlaku kerana kerajaan Malaysia mendapat pendapatan dengan memberi kelulusan ‘permit’ membawa masuk pekerja asing.

“Kerajaan beri permit masuk, seorang pekerja Bangladesh masuk kena bayar antara RM10,000 hingga RM15,000,

“kerajaan berniaga orang, sebab itu kerajaan beri (pekerja asing) masuk, sebab ada duit masuk,”tegas beliau.

Dalam masa yang sama, katanya, antara bulan Januari hingga Februari tahun ini seramai 20,000 orang rakyat Malaysia telah dibuang kerja.

Namun begitu, tambah Hj Muhyidin, kerajaan membiarkan sahaja dan tidak peduli masalah rakyat tempatan yang dibuang kerja itu.



PAS Parti Untuk Masa Depan Negara

Kemaman – UMNO dan Barisan Nasional (BN) takut untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana parti itu tahu, PAS akan menang besar sekiranya pilihanraya diadakan semula di negeri itu.

Ketua Penerangan PAS, Dato’ Mahfudz Omar berkata, seorang Menteri UMNO/BN memberitahu demikian kepadanya ketika berada di Parlimen hari Khamis lalu (5 Feb).

“Pemimpin UMNO/BN tahu, dia tak mahu buat pilihanraya kerana dia (UMNO) tahu kalau buat pilihanraya kita (PAS) akan menang besar,

“sebab itu dia nak ambil penguasaan itu secara rampasan, kalau dia nak tunggu pilihanraya yang ke 13, pun dia tahu rakyat dah benci dah meluat (akan) tolak dia,”katanya dalam Ceramah Penerangan di Kampung Paya Berenjut, Kemaman, semalam.

Menurutnya UMNO dan BN sedang menghadapi jalan buntu dalam menyelesaikan krisis politik yang dicipta oleh mereka sendiri.

Katanya, beliau mengingatkan Menteri tersebut, politik sepatutnya tidak mengheret semua pihak dan menganiyai rakyat Perak.

“Politik, politiklah juga, tapi jangan sampai yang teraniya ialah rakyat, tujuan kita berpolitik ialah untuk membawa kesejahteraan kepada negara, negeri dan rakyat, jangan sampai kita berpolitik akhirnya kita menyusahkan semua orang,

“apa yang berlaku di Perak kita telah menyusahkan semua orang, kita mengheret Tuanku Sultan dalam gelanggang politik, ini tidak baik bagi saya,”ujarnya.

Oleh itu, beliau menyarankan kepada Menteri tersebut yang dipercayai seorang pemimpin UMNO Perak supaya DUN dibubarkan dan berikan semula mandat kepada rakyat untuk membuat pilihan.

Katanya, Menteri itu menjawab, sekiranya di bubarkan DUN Perak dan dibuat pilihanraya semula PAS akan menang besar.

Dalam pada itu, katanya, seorang Timbalan Menteri berbangsa India berkata PAS akan menang dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang kerana kaum India tidak akan memberikan sokongan kepada UMNO.

“Dia kata, jangan bimbang, Bukit Gantang sure (pasti) you (PAS) menang, pasal orang India tarak, tak mahu kepada UMNO,

“malah dia kata, dia pergi ke Sabah dan Sarawak, jelas mesej yang diberikan oleh rakyat, BN akan tumbang sekiranya pilihanraya diadakan,”kata Mahfudz.

Katanya, Timbalan Menteri itu turut memberikan semangat agar PAS terus berjuang dan berkata PAS adalah parti masa depan untuk negara Malaysia.

Turut hadir dan menyampaikan ceramah dalam program penerangan semalam adalah Ketua Penerangan PAS Terengganu, Hj Muhyidin Abd Rashid dan Timbalan Yang DiPertua PAS Kemaman, Hj. Hanafiah Ramly@Mat




08 Mac 2009

Perarakan Menyokong Bahasa Ibunda Dilayan Dengan Gas Pemedih Mata !




Kuala Lumpur - Kepulan asap pedih dan gatal serta ‘mencekik’ tekak dan dentuman tembakan bertalu-talu kedengaran disekitar kawasan Istana Negara, umpama perang yang sedang meletus.

Himpunan 100 Ribu Gerakan Mansuhkan Pengajaran dan Pembelaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (GMP PPSMI) yang berarak ke Istana Negara bagi menyampaikan hasrat hati rakyat kepada Yang DiPertuan Agong, telah dilayan dengan tembakan ratusan gas pemedih mata.

Sekitar jam 2.20 petang, kumpulan awal kira-kira 10,000 penyokong GMP PPSMMI yang bergerak dari Pasar Seni mula menerima ‘layanan istimewa demokrasi’ ala- Malaysia, oleh pasukan Polis Diraja Malaysia yang melepas tembakan pertama tanpa sebarang amaran.

Kumpulan perarakan peratama itu dimaklumkan telah dikepalai oleh diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Salehudin Ayub.

Sebaik sahaja mereka bertembung dengan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) di Lebuh Raya Persekutuan, berhadapn istana negara, polis tidak bersoal jawab terus mengambil tindakan.

“Sampai sahaja disana, polis tidak bersoal jawab terus merampas kain sepanduk yang dibawa, dan berlaku pergelutan apabila para peyokong GMP PPSMI cuba mengambil semula kain tersebut,

“selang beberapa detik, tembakan pertama dibuat, keluar asap berwarna biru, yang cukup memedihkan dan mencekik leher,”kata Timbalan Yang DiPertua PAS Kemaman, Haji Hanafiah Ramly@Mat yang turut menyertai kumpulan itu dalam perarakan menyokong ‘bahasa Ibunda’ semalam.

Beliau yang menghubungi Buletinonline kira-kira jam 3.00 petang memberitahu, bersama-sama beliau adalah beberapa pimpinan PAS negeri Terengganu termasuk Timbalan Ketua Dewan Ulamak, Ustaz Haji Abu Bakar Abdullah.

PAS Terengganu telah menghantar tidak kurang 10 buah termasuk dari Kuala Terengganu, Besut, Kemaman dan tambahan tiga buah bas lagi dari Ma’Ahad Tahfidz Wal Tarbiyah.

Dalam perkembangan yang sama, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Dato' Abu Bakar Chik berkata serangan bertubi-tubi dan tanpa belas kasihan, tidak mematahkan semangat rakyat.

Katanya semangat cintakan bahasa Ibunda telah 'membakar' hasrat rakyat khususnya para pejuang bahasa yang mahu menjujung dan memartabatkan Bahasa Melayu dan membantah dasar PPSMI yang diperkenal kerajaan UMNO/BN.

"Saya bersyukur dan rasa terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat seluruhnya yang sanggup bersusah-payah mengharungi asakan pihak polis untuk menyampaikan suara hati mereka kepada Yang Dipertuan Agong.

"sasaran dan hasrat kita hari ini tercapai dengan terkumpulnya lebih 100,000 rakyat dan serahan memo juga berjaya disampaikan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berharap agar keputusan berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dibuat segera bagi mengelakkan tercetusnya isu yang lebih besar.

Abdullah dipetik mStar mengeluarkan kenyataan di ibu negara beberapa jam selepas Gerakan Mansuhkan PPSMI mengadakan Perhimpunan 100,000 Rakyat membantah dasar tersebut, semalam.








Potensi Tamatkan Konflik Yaman

  Perunding Houthi meninggalkan Riyadh selepas pusingan lima hari rundingan dengan pegawai Saudi mengenai perjanjian berpotensi yang boleh m...