KUALA TERENGGANU - Pemilihan Cabang Parti Keadilan Rakyat di negeri Terengganu dilaporkan berjalan lancar kecuali bagi pemilihan Cabang Kuala Nerus.
Cabang Setiu dan Hulu Terengganu dikatakan tidak ada masalah mengekalkan Ketua Cabang masing-masing, manakala Cabang Kemaman mendapat Ketua yang baru, Mohd Rafizi Ramli.
Keputusan pemilihan bagi Cabang Kuala Nerus di tangguhkan kerana terdapat masalah teknikal ketidakjelasan dalam senarai pengundi dan juga senarai calon serta jawatan yang dipertandingkan.