KUALA TERENGGANU - Umno dan Barisan Nasional akan menghadapi pilihanraya ke-13 yang akan datang dalam keadaan bermasalah kerana isu-isu yang tidak dapat diselesaikan termasuk perpecahan dikalangan parti komponennya.
Pilihanraya umum ke 13 dijangka akan diadakan pada tahun depan akan menjadi sejarah kepada pilihanraya Malaysia apabila Umno Barisan Nasional akan berhadapan Pakatan Rakyat.
24 Julai 2010
Melayu Ketinggalan Kerana Perjuangan Umno Berteraskan Bangsa
KUALA NERUS - Bangsa Melayu yang beragama Islam akan terus ketinggalan kerana Umno meletakkan Islam terkemudian selepas daripada kepentingan bangsa yang menjadi perjuangan utama Umno.
"Kita tidak bincang Melayu dulu Islam kemudian, (tetapi) hari ini pun, Umno ajak bersatu, disebut kepentingan bangsa dan agama,
"Kita (PAS) meletakkan Islam lebih penting daripada bangsa,"ujar Ahli Dewan Undangan Negeri Sura, Ustaz Wan Hassan ketika menyampaikan ucapan dalam majlis penerangan di sini, Rabu 21 Julai.

Projek Taman Ilmu 'Sakit Tenat'
KUALA TERENGGANU - Dua projek 'mega' yang pernah di'bangga-bangga'kan oleh bekas Menteri Besar Dato' Seri Idris, Projek Pembinaan Lebuh aya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dan Pembangunan Taman Ilmu kini mengalami 'sakit tenat yang amat berat'.
Perkara tersebut diakui oleh Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Said.
Menurutnya perlaksanaan kedua-dua projek tersebut mengalami kelewatan sebanyak 65 hingga 68% dan projek LPT2 yang sepatutnya siap tahun lalu, kini diubah lagi sasarannya daripada 2011 kepada 2012.

23 Julai 2010
Harussani Tidak Layak Jadi Orang Tengah
SETIU - Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria tidak layak menjadi orang tengah kerana beliau selaku yang bertanggungjawab dengan urusan umat Islam tidak melaksanakan amanahnya.
Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, banyak lagi masalah yang melanda umat Islam tetapi tidak dapat diselesaikan, umpamanya masalah judi dan maksiatyang semakin berleluasa.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengalu-alukan peserta Jambori Alternative Riding Club (ARC) di Pantai Merang dekat sini, Jumaat 23 Julai.

20 Julai 2010
PAS Yakin Kejadian 20 Pelajar Mengandung, Benar
KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu yakin kejadian 20 pelajar sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu mengandung adalah benar-benar berlaku.
Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Dato’ Abu Bakar Chik berkata, beliau telah meminta Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Terengganu menyiasat perkara tersebut.
”Dia memberi maklumat dan mengesahkan ia benar-benar berlaku, 20 pelajar dalam sebuah sekolah mengandung, 4 telah melahirkan anak,”katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Agung Jawatankuasa Ibu Bapa dan Guru, Ma’ahad tahfiz Wal Tarbiyah dekat sini, Selasa 20 Julai.

Road Show' Wanita PKR Ke Terengganu
Saya Memahami Betapa Susah dan Perit Kerajaan PAS Terengganu dahulu......
Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah singgah dan melaksanakan beberapa aktiviti di negeri Terengganu dalam rangka lawatan 'roadshow' mereka ke negeri-negeri di Pantai Timur.
Ketuanya, Puan Zuraida Kamaruddin, berkata, beliau memahami betapa susah dan peritnya kerajaan PAS yang memerintah negeri Terengganu pada tahun 1999 sehingga 2004.
Menurutnya, apabila sampai ke negeri ini, beliau yang tinggal di negeri Selangor terkenang, Terengganu pernah diperintah oleh Pakatan Rakyat (Barisan Altenatif ketika itu) yang dipimpin oleh PAS.
(Gambar kiri - Puan Zuraida di atas pentas, sebelum menyampaikan ceramah)

19 Julai 2010
Penambahbaikkan Apa? RM4 bilion zaman Pak Lah belanja ke mana
- pedapatan naik harga minyak RM4 bilion zaman Pak Lah belanja ke mana
KEMAMAN - Kerajaan Umno dan Barisan Nasional diminta membuktikan terlebih dahulu, apakah penambahbaikan pengangkutan awam yang telah dilaksanakan dengan pendapatan RM4 bilion ekoran tindakan menaikkan harga minyak pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"Penambahbaikan pengangkutan awam apa? RM4 bilion Pak Lah kata....... buktikan kepada rakyat,
"sekiranya dapat dibuktikan ke manakah hilang wang RM4 bilion itu, barulah kerajaan boleh mengurangkan subsidi,""cabar Haji Hanafiah Mat

18 Julai 2010
BN Guna Pelbagai Istilah Untuk Tipu Rakyat
KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu menyifatkan pemakaian istilah 'pengurangan subsidi', 'penyelarasan subsidi' dan 'rasionalisasi subsidi' oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menaikkan harga barangan merupakan satu tindakan 'politik' bagi tujuan menyembunyikan penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan.
"Mereka cuba mempolitikkan istilah dan (dengan itu mereka berharap) tindakan-tindakan yang dilakukan dapat diterima oleh rakyat, mereka cuba menyembunyikan penyelewengan-penyelwengan yang ada,"kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat.
Langgan:
Catatan (Atom)
Potensi Tamatkan Konflik Yaman
Perunding Houthi meninggalkan Riyadh selepas pusingan lima hari rundingan dengan pegawai Saudi mengenai perjanjian berpotensi yang boleh m...

-
Oleh : Rohayati Ripin KUALA TERENGGANU - PAS merasa pelik dengan senarai kabinet Anuar Ibrahim kerana individu dilantik tidak memenuhi la...
-
BESUT - Pihak MTD Hulu Besut merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Terengganu kerana menyampaikan geran kekal kepada 350 o...
-
KUALA TERENGGANU - Calon Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) PAS P039 Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli mengajak seluruh rakyat Dungun untu...