05 Mac 2011

Idris Jusoh 'pukul anak sindir menantu'

TEMERLOH - Hasrat bekas Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh yang ingin bersara tetapi mel;etakkan syarat dianggap seperti perumpamaan 'pukul anak sindir menantu'.

Menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat, Idris sebenarnya menyindir Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said sekaligus mencabarnya supaya turut meletakkan jawatan dan bersara.

03 Mac 2011

Guru, Pejabat Pelajaran Daerah Mangsa Politik Umno-BN

TEMERLOH - Para guru dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) disini menjadi mangsa, apabila pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) memergunakan jabatan kerajaan tersebut untuk tujuan memancing undi menjelang pilihanraya kecil Dwean Undangan DUN) Kerdau

Pada Rabu 2 Mac, dengan menggunakan PPD, Umno-BN telah memanggil semua guru-guru dalam daerah ini untuk satu perjumpaan politiK dengan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diadakan di Sekolah Menegah Integrasi Kerdau.

Anak cadang tindakan mahkamah kepada Felda Plantations

TEMERLOH - Pengerusi Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman berkata pihaknya sedang mengkaji untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Felda Plantations kerana ia merupakan sebuah organisasi haram.

Menurutnya, penubuhan syarikat tersebut yang kini mengawal 367,710 hektar ladang bertentangan dengan Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960

Beliau yang juga Pengerusi Lujnah Pembangunan Tanah dan Wilayah berkata, perkara itu disebut dalam Seksyen 7(2) dan Seksyen 11(1). yang didakwa menetapkan pemilikan hanya oleh individu dan koperasi sahaja.

02 Mac 2011

12 orang dari 'kubu kuat Umno' Jengka 25, keluar Umno sertai PAS

TEMERLOH - Dua belas orang ahli Umno dari kawasan yang dianggap 'paling kebal' dan 'merupakan deposit tetap undi' untuk Umno-BN, Jengka 25 telah keluar dari parti tersebut semalam.

Mereka mengisytiharkan keluar Umno, sekaligus menyerahkan borang keahlian untuk menjadi ahli PAS kepada  Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Mereka di ketuai oleh Encik Muzammil yang juga bekas Pengerusi Umno Cawangan Jengka 25.

Tanah ; Penduduk Kampung Tuntut Janji Kerajaan Umno-BN Pahang

TEMERLOH - Penduduk di beberapa kampung tradisi disini melahirkan tidak puas hati atas sikap kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Pahang yang sambil lewa terhadap keperluan mereka untuk memiliki sebagai tempat tinggal terutamanya bagi generasi kedua.

Mereka juga merasa kecewa kerana pemimpin Umno-BN sering berjanji akan memberikan tanah tersebut pada setiap kali pilihanraya, namun sebaliknya mungkir janji apabila pilihanraya selesai

Seorang penduduk dari Kampung Desa Baru Purun yang mahu dikenali sebagai Husin berkata kerajaan sepatutnya mengagihkan hak milik tanah yang terletak di pinggir kampung tersebut.

Pentadbiran kerajaan Umno-BN Pahang 'tempang'

- Pemimpin Umno-BN melakukan perlanggaran dalam PRK Kerdau
Dakwaan Menteri Besar Pahang bahawa PAS tidak punya isu dalam PRK N28 Kerdau ternyata adalah satu kenyataan yang cukup meleset. Semalam, kami telah mengemukakan sekaligus mendedahkan pelbagai kebejatan serta ketempangan pengurusan pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau. Kami akan terus membuat asakan tentang beberapa lagi kepincangan ini termasuk syarikat-syarikat yang menyaman kerajaan negeri atas pelbagai dakwaan pelanggaran perjanjian kontrak dalam urusan pembalakan dan perlombongan yang berjumlah hampir RM300 juta.

01 Mac 2011

Calon BN Kerdau tidak faham Perjuangan Islam

KUALA TERENGGANU – Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah mendakwa Umno dan Barisan Nasional (BN) hanya menjadikan golongan agama dan ulamak untuk mengumpan rakyat dengan tujuan mengekalkan sokongan politik terhadap parti mereka.

Menurutnya, golongan itu tidak diberi kedudukan tertinggi untuk menentukan hala tuju parti sebagaimana tuntutan agama.

28 Februari 2011

Rakyat merintih duka, Najib datang bawa 'gula-gula'

KUALA TERENGGANU - Rakyat DUN Kerdau disini merintih dalam kesusahan kerana pembangunan 'senget' yang dilaksanakan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) bukannya dari PAS atau Pakatan Rakyat.

Penasihat Jentera PAS Terengganu dalam pilihanraya kecil N28 Kerdau, Haji Hanafiah Mat berkata, keseluruhan kawasan dalam DUN Kerdau mempunyai masalah akibat sikap tidak ambil peduli wakil-wakil Umno dan Barisan Nasional yang menjadi Adun sebelum ini.

27 Februari 2011

Tiada istilah tidak puas hati kepada PAS

KUALA TERENGGANU – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Muzafeq Affyulzaifuzam Muhamad menganggap tiada istilah ‘tidak puas hati’ berhubung pembahagian kerusi dalam Pakatan Rakyat (PR) Terengganu.

Walaupun pembahagian itu tidak sama banyak antara Pas dan PKR, Muzafeq mendakwa Pas adalah sebuah parti yang sangat bertoleransi terhadap PKR dalam memastikan kemenangan pembangkang di negeri ini.

Perarakan mengiringi calon PAS Penamaan Calon PRK Kerdau


PRK Kerdau; Banyak masalah masyarakat yang diabaikan oleh Umno-BN

TEMERLOH - Calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya DUN Kerdau akan bertemu semua pengundi dan merauu mereka untuk mengundi PAS.

Sekiranya diberikan mandat dan menang dalam pilihanraya itu, beliau akan menjadi 'jurubicara' rakyat bagi menangani terlalu banyak masalah yang telah diabaikan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN)

Wanita Berjiwa Kental Sentiasa Mendepani Cabaran

  Oleh : Aqilah Mohd Jafri / Gambar : Hajar Kamarudin  MARANG - Wanita berjiwa kental dengan semangat perjuangan dalam mendepani cabaran sej...