08 Oktober 2011

Masjid berharga RM1.2 juta bakal runtuh?


HULU TERENGGANU - Sebuah masjid di Terengganu yang berharga RM1.2 juta dibina ketika Menteri Besarnya, Dato’ Seri Idris Jusoh kini heboh diperkatakan oleh penduduk setempat bakal ‘runtuh’.

Berdasarkan maklumat penduduk, Skuad Buletinonline segera membuat tinjauan serta mendapat ada asas kebenaran dakwaan tersebut.

Ini kerana, berlaku mendapan serius hampir keseluruhan lantai Masjid Al-Redha di Kampung Manir tidak jauh dari Pekan Manir.

06 Oktober 2011

Bajet 2012; bajet yang akan menyebabkan rakyat hilang akal

KUALA TERENGGANU - Jentera pilihanraya PAS Terengganu disemua peringkat diminta berada dalam keadaan bersiap sedia menghadapi apa jua kemungkinan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid berkata media yang dikuasai Umno dan Barisan Nasional sedang giat memaparkan propaganda kononnya Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak benar-benar sedang melakukan transformasi.

Menurutnya, tujuan propaganda tersebut adalah untuk mempengaruhi pemikiran rakyat menjelang pilihanraya umum yang semakin hampir.

"Semua jentera pilihanraya diminta berada dalamkeadaan bersiap sedia dengan apa saja kemungkinan,"katanya melalui mesej pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada Buletinonline.

Hudud; Pemimpin Umno tidak layak cabar PAS

KEMAMAN – Pemimpin Umno samada diperingkat negeri atau Pusat, tidak layak mencabar PAS tentang apa-apa perkara yang berkaitan hukum Hudud

Selepas 54 negara merdeka, Umno bukan sahaja gagal mengemukakan 'walau sebaris ayat' tentang hukum Allah itu, bahkan tidak melaksanakan hukum Hudud yang telah diluluskan.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mencabar PAS memasukkan hukum hudud dalam manifesto pilihan raya akan datang.

03 Oktober 2011

Menobatkan Dr. Burhanuddin sebagai 'Pahlawan Umat'; Sejarah yang dinantikan golongan muda

KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu menyifatkan gelaran ' Pahlawn Umat'  yang dinobatkan kepada bekas Yang DiPertua PAS, Allahyarham Dr. Burhanuddin al-Helmy, mengembalikan roh kemerdekaan negara.

Menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat, cebisan sejarah yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden PAS telah membuka pintu hati rakyat kepada ingatan lampau.

"Cebisan sejarah yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden PAS telah membuka pintu hati sejarahwan untuk menukilkan semula ingatan masa lampau,

Puisi untuk Dr Burhanuddin (Pahlawan Umat); Pak Samad buat hadirin terharu

KUALA TERENGGANU - Apabila Pak Samad (A.Samad Said) muncul di antara ribuan khalayak yang khusyuk mendengar amanat Presiden PAS di Dewan Milenium Kepala Batas, pasti ada sesuatu yang amat peribadi.

Seusai ucapan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, gimik perasmian dan ketika anak-anak SRIBU melakar persembahan, Pak Samad dijemput naik ke pentas.

Tatkala pengerusi Majlis mengisytiharkan kemunculan Puan Hajjah Che Suri Haji Yahya, isteri kepada arwah Dr. Burhanuddin al-Helmi, Pahlawan Umat, hadirin sudah mula terpanggil ke belakang.

02 Oktober 2011

Sekitar Majlis Perasmian & Pelancaraan Perayaan 60 tahun PAS Part 2



Mana dia Hudud Umno?

KUALA TERENGGANU - Dakwaan Umno dan Barisan Nasional (BN), PAS telah dijadikan 'kuda tunggangan' kepada DAP dalam kerjasamanya bersama Pakatan Rakyat termasuk mengenai isu hudud adalah tidak benar.

Senator Mumtaz Md Nawi berkata PAS tidak pernah mengalah kepada DAP terutama dalam isu hudud dan negara Islam tidak benar dan tidak pernah menarik balik hasrat dan cita-cita mahu melaksanakan hukum tersebut.

Sebaliknya, kata beliau yang juga Naib Ketua Muslimat PAS Pusat mendakwa Umno sendiri tidak pernah mengemukakan alternatif hudud sebagai seorang Islam yang wajib menerima hukum tersebut.

“Umno mengatakan PAS telah mengalah kepada DAP, itu tidak betul. Sebab PAS tidak pernah menarik balik hasrat untuk membuat hudud dan hari ini apakah alternatifnya yang Umno telah kemukakan hudud bagi pihak mereka kerana mereka orang Islam.

Sekitar Majlis Perasmian & Pelancaraan Perayaan 60 tahun PAS Part 1




Melayu Mudah Lupa Bersama PH

Terdedah kini bahawa Melayu yang menyertai Pakatan Harapan (PH) ialah Melayu yang mudah lupa, khususnya para pemimpinnya juga mudah lupa.