22 Mei 2010

Kerajaan Umno/BN Terengganu Cuba Pulih Imej


- Kenyataan Akhbar Isu Pengagihan Lot Tanah RTB Di Langkap, Setiu
Merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia Rabu 19 Mei 2010 yang menyatakan Kerajaan negeri Terengganu akan mengagihkan kira-kira 500 lot kediaman Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) kepada penduduk kampung bagi mengatasi masalah kesulitan tempat tinggal di empat lokasi di Langkap, tahun ini.

Antara kawasan terbabit ialah Chalok Kedai (130 lot), Sungai Lerek (120 lot), Merbau Menyusut (120 lot) dan Kampung Bukit (120 lot).

Gadis 17 Tahun DiTahan Cuba Membunuh Diri

KUALA TERENGGANU – Seorang suspek ditahan di tingkat empat sebuah rumah kedai di Jalan Banggol disini semalam, setelah cuba untuk membunuh diri.

Sumber polis Kuala Terengganu memberitahu remaja perempuan berusia 17 tahun itu cuba terjun dari bahagian belakang bangunan tersebut pada kira-kira jam 11.30 malam

(Gambar - suspek yang belum didedahkan identitinya, dibawa turun oleh pihak polis dan bomba dari atas bangunan)

21 Mei 2010

1000 bantah kerajaan luluskan lesen judi bola

KUALA TERENGGANU - 1000 orang telah berhimpun secara aman di hadapan Masjid Kampung Pengadang Baru Jalan Kuala Berang, bagi menyatakan membantah tindakan kerajaan pusat meluluskan judi bola sepak sempena piala dunia 2010.

Demonstrasi aman itu bermula kira-kira jam 2.10 petang sebaik sahaja selesai solat Jumaat yang diimamkan oleh Presiden PAS, Dato’ Abdul Hadi Awang.


Antara pimpinan PAS Terengganu yang berucap kepada orang ramai adalah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Yahaya Ali, Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Setiausaha Pemuda PAS Terengganu, Wan Mohd Faizol Wan Abas, Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu, Ustaz Kamarulzaman Abdullah dan Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu, Ahmad Kamal Ali.

20 Mei 2010

Benteng Tidak Akan Berfungsi, Kedudukan Tanah Sama Sungai Nerus

- Pusu Tiga Hanya Umpama Palestine Dikelilingi Tembok
KUALA NERUS – Pembinaan Benteng Tebatan Banjir di sekeliling Taman Pusu Tiga Gong Badak disini tidak akan dapat menghalang air membanjiri kawasan perumahan tersebut.

Ia adalah kerana, kedudukan Taman perumahan itu yang sama arasnya dengan Sungai Nerus.

”Apabila Sungai Nerus dilimpahi air, tidak boleh dielakkan, kawasan Perumahan Pusu Tiga turut dinaiki air,”kata seorang penduduk tempatan Wan Halim Wan Endut.

Terengganu Rekod Tertinggi ; 100 Orang Penduduk, 1 Penagih

KUALA TERENGGANU – Terengganu mencatatkan masalah penyalahgunaan dadah paling tinggi di negara ini mengalahkan negeri-negeri maju di Malaysia Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dengan anggaran seorang daripada 100 penduduk ialah penagih dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Superintendan Roslan Abdul Wahid (gambar kiri) berkata negeri paling rendah pula adalah Sarawak.

Menurutnya, laporan yang didedahkan ketika mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di ibu negara pada awal bulan ini adalah hasil tangkapan pasukan tersebut tahun lepas.

18 Mei 2010

Khalwat ; Timbalan Ketua Umno Dilepaskan Tanpa Bicara?

MARANG – Masyarakat sebuah kampung dalam daerah ini, merasa tidak puas hati kerana Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kampung (JKKK) tersebut yang ditangkap berkhalwat, telah dilepaskan tanpa bicara.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Umno Cawangan kampung berkenaan telah ditangkap ketika berdua-duan bersama Ketua Puteri Umno Cawangan berhampiran di sebuah Resort tempatan pada jam 3 petang, Sabtu, 24 April lalu.

Yang lebih dikesalkan adalah, lelaki yang bertugas di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam itu, juga adalah seorang Ahli Jawatankuasa Masjid Mukim terbabit.

Jumlah Anak Tak Sah Taraf Akan Berlipat kali Ganda

KUALA NERUS – Sehingga kini kerajaan tidak mampu membendung masalah sosial yang berlaku kerana mementingkan politik daripada mencari jalan penyelesaian.

Hujah tersebut disimpulkan oleh Bendahari PAS Terengganu, Haji Muhyidin Abd Rashid dalam beliau memberikan penjelasan isu-isu semasa, di Batu Enam, di sini, semalam.

”Apa penyelesaian kerajaan Barisan (Nasional), tak ada, bawa mari anak, dia tolong bela (pelihara), itu saja lah tak apalah, asal pangkah Barisan sudahlah,”katanya sinis, menutup bicara tentang isu buang bayi dan anak tak sah taraf.

17 Mei 2010

Apakah MB Ahmad Said dan Kerajaan BN Suka Berjanji dan Berbohong??

KUALA TERENGGANU - Pada 28 Sept, 2009, Unit Komunikasi Kerajaan (UKOM) Umno/BN Terengganu menerbitkan satu berita propaganda yang hebat bertajuk “Institut Jantung Terengganu Beroperasi Tahun Depan”.

Berita tersebut sebenarnya satu penipuan yang jelas yang hanya membeli harapan rakyat.

1. Institut Jantung Terengganu ; Satu Penipuan Setakat Ini

Dipaparkan, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said kononnya seorang pembela nasib rakyat Terengganu.

Inspirasi Dua Suri Hati Mantan MB Terengganu

  Oleh : Azizah Mahmood  KUALA TERENGGANU - Menelusuri   pengalaman kehidupan  dua suri hati mantan Menteri Besar Terengganu cukup menginspi...