16 Ogos 2014

Madrasah Darussalam Buka Kelas Tahfiz 2015


darussalamKUALA TERENGGANU – Madrasah Darussalam Kampung Losong dekat sini mengadakan majlis makan malam mengutip dana bagi tujuan membangunkan sebuah bangunan untuk kelas tahfiz yang akan dimulakan sesi pengajian pada tahun hadapan.
Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata mulai sesi depan semua pelajar Madrasah tersebut akan diwajibkan menghafaz ayat-ayat suci al-Quran.

15 Ogos 2014

Semua Warga Terengganu Dijemput Hadir ke Majlis Hari Raya PAS


20140814_114944 (1024x576)KUALA TERENGGANU – Majlis Rumah Terbuka Sempena Aidil Fitri 1435H Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) akan diadakan pada Khamis 21 Gos, 2014 bersamaan 25 Syawal.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Ustaz Satiful Mamat menjemput semua warga ngerei Terengganu hadir beramai-ramai ke majlis tersebut yang akan diadakan di perkarangan pejabat BPPNT di No. 33 Jalan Sultan Omar, Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, di sini.

14 Ogos 2014

Pembangunan Kuala Nerus: ‘Impak Alam Sekitar’ Mesti Diutamakan


Hishamuddin 2KUALA NERUS – PAS mengulangi pendiriannya, mengalu-alukan pembangunan bandar dan daerah baru Kuala Nerus, serta peruntukan yang telah diluluskan bagi projek tersebut.
Namun begitu, kerajaan diberi peringatan supaya melaksanakannya dengan mengikut peraturan sedia ada yang telah ditetapkan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abd Karim menegaskan, projek bernilai jutaan ringgit tersebut, mestilah mendapat kelulusan, setelah dibuat kajian tentang impak kepada alam sekitar terhadap kawasan terbabit, terlebih dahulu.

13 Ogos 2014

Hubungan Jabatan dan Agensi Dengan ADUN Memudahkan Urusan Rakyat


IMG-20140812-WA0074DUNGUN – PAS mengalu-alukan tindakan pejabat dan agensi kerajaan menjalinkan hubungan silaturrahim dan ukhuwah dengan semua pihak dan bersedia hadir untuk apa-apa jua program yang membawa kebaikan untuk rakyat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata selaku penjawat awam, para kakitangan kerajaan seharusnya menjaga hubungan baik dengan semua pihak tanpa sebarang prasangka.

12 Ogos 2014

Kemaskini Jentera, Bersiap Awal Untuk Pilihanraya


20140809_135436 (2)MARANG – PAS Perlu bersedia menghadapi suasana pilihanraya dan melaksanakan kerja-kerja dakwah pada setiap masa, bukannya hanya ketika waktu hampir menjelang, pada tempoh empat tahun sekali.
Petugas di semua peringkat di negeri Terengganu, diminta untuk mengemaskini jentera masing-masing sehingga mencapai ‘standard’ sebagaimana yang ditetapkan.

11 Ogos 2014

Pesanan Kepada Hafifi; Jangan Tinggal Solat, Jangan Lupa Diri


IMG-20140809-WA0087 (2)KEMAMAN – Meraikan warga Chukai yang mengharumkan nama Negara di persada dunia, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat telah menziarahi jaguh angkat berat, Mohd Hafiffi Mansor.
Sewaktu membuat kunjungan ke rumah abang Hafifi di Flat Fasa 5 Fikri dekat sini, Hanafiah mengucapkan tahniah atas kejayaannya memenangi pingat emas pada sukan Komanwel baru-baru ini.

10 Ogos 2014

Ramah Mesra Hari Raya Lajnah Penerangan dan Media Muslimat


IMG-20140810-WA0007KUALA TERENGGANU – Kemeriahan Syawal yang diraikan bersama sanak saudara dipanjangkan lagi bersama warga Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) di Lagun Kuala Ibai.
Ahli jawatankuasa Penerangan dari semua kawasan berkumpul bersama di dalam majlis Aidilfitri yang santai ini.
Program yang bermula pada pukul 3.30 petang ini juga diserikan dengan jemputan ahli jawatankuasa DMPNT dan petugas media Lajnah Penerangan serta ahli keluarga. Dijangka lebih daripada 50 orang yang hadir.

Inspirasi Dua Suri Hati Mantan MB Terengganu

  Oleh : Azizah Mahmood  KUALA TERENGGANU - Menelusuri   pengalaman kehidupan  dua suri hati mantan Menteri Besar Terengganu cukup menginspi...