24 Ogos 2013

Politik ‘angkuh’ MB, semakin menjauhkan rakyat dari Umno-BN

IMG_20130824_190721-924453032
KEMAMAN – Dun Chukai telah mengadakan sambutan rumah terbuka hari raya kali kedua khas untuk kaum Tionghua (Cina) di Dun tersebut pada 17 Ogos lalu Majlis tersebut diadakan di Jalan Jakar Kampung Dusun Nyior yang mempunyai majoritinya masyarakat Cina.

Sambutan luar biasa diberikan oleh masyarakat Tionghua dengan kehadiran dianggarkan lebih 500 orang terdiri warga emas, wanita dan kanak-kanak beramai-ramai datang meraikannya majlis makan malam tersebut.

23 Ogos 2013

PAS minta Maidam kaji keputusan Dermasiswa Zakat

satiful ybKUALA TERENGGANU – PAS mengulangi gesaan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) agar mengkaji semula pengagihan wang zakat dan mengembalikan pemberian Dermasiswa Zakat kepada penuntut ilmu agama khususnya yang belajar di luar negara.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat ada di kalangan ibu bapa dan pelajar membuat aduan bahawa pihak Maidam yang telah bersetuju memberikan Dermasiswa Zakat sebelumnya, telah memberi mereka borang pinjaman Yayasan Terengganu.

22 Ogos 2013

Pemilik tanah saman syarikat kuari RM3 juta

Kuari&Temala 006KUALA NERUS – Sekurang-kurangnya enam pemilik tanah telah mengemukakan tuntutan terhadap syarikat yang menjalankan operasi kuari di Bukit Batu Hampar bersebelahan kuari Bukit Jong, mukim Kuala Nerus, Jalan Kelantan dekat sini.

Menurut sumber, pemilik tanah terbabit menuntut ganti rugi atas, pencerobohan dan kerosakan tanah serta kerosakan tanaman yang terdapat diatas tanah mereka ekoran aktiviti kuari tersebut.

21 Ogos 2013

Adakah kerajaan bersetuju dengan ‘pembakar’ hospital dan pembunuh pesakit?

Snapshot 2 (20-8-2013 1-44 AM)KUALA NERUS – PAS merasa kesal kerana kerajaan masih lagi tidak mneyatakan pendirian yang tegas terhadap pemerintah kudeta yang disokong pihak tentera Mesir, yang masih meneruskan tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Selepas mencabul demokrasi dengan merampas kuasa pada 3 Julai lalu, pemerintah kudeta Mesir telah membunuh beribu-ribu orang dengan cara yang cukup menyayat hati termasuk membakar hospital dan pesakit.

20 Ogos 2013

Maidam digesa kembalikan hak zakat kepada penuntut ilmu

IMG-20130820-WA0013KUALA TERENGGANU – PAS kesal dan merasa kecewa dengan langkah terbaru yang di ambil oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam) yang seolah-olah berlepas tangan untuk tidak memberikan bantuan zakat lagi kepada sesetengah pelajar.

‘Flash Mob’ pemuda prihatin bantah kerajaan Kudeta Mesir

flash mobKUALA TERENGGANU – Seramai 15 orang ‘Pemuda Prihatin’ yang mengadakan ‘flash mob’ di Batu Burok Kuala Terengganu menggesa kerajaan Malaysia menyatakan pendirian yang tegas terhadap keganasan yang dilakukan oleh kerajaan ‘Kudeta’ Mesir.

Wakil kumpulan tersebut, Syed Mohamad Syed Ahmad berkata, kerajaan Malaysia juga seharusnya memberikan sokongan yang padu kepada Presiden Mesir Mohamad Morsi yang dipilih secara sah dan demokratik.

19 Ogos 2013

Stesyen Minyak Petronas Menjadi Sasaran Penyamun

IMG-20130819-WA0000DUNGUN – Stesyen minyak Petronas Rantau Abang, dekat sini, menjadi mangsa jenayah yang berleluasa masakini, apabila sekurang-sekurangnya tiga penjenayah bersenjatakan pistol dan parang menyamun stesyen terbabit.

Menurut saksi kejadian, penyamun terbabit menaiki sebuah motosikal dan sebuah kereta Perodua Viva melakukan perbuatan jenayah tersebut pada kira-kira jam 7.30 malam, pada Ahad 18 Ogos.

“Samun Petronas Rantau Abang Dungun….. Kes baru berlaku (kira-kira) 15- 20 minit yang lalu. Peyamun bersenjata pistol dan parang menaiki kereta Viva putih, 3 orang (kemudian) menghala ke Marang dan Kuala Terengganu, plate kereta TAB 5879 atau TAT 5879…….. viva putih,”menurut pesanan ringkas yang dihantar ole saksi yang tidak mahu dikenali.

18 Ogos 2013

Lantik tujuh pegawai khas; MB umpama ‘jilat ludah sendiri’

20130817_125216KUALA TERENGGANU – Tindakan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said melantik tujuh orang Pegawai Khas bagi memudahkan urusan pentadbiran di kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang Barisan Nasional tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), umpama ‘menjilat ludahnya semula’.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat Ustaz Ariffin Deraman berkata, Ahmad Said pada 11 Mei lalu sebagaimana dilaporkan akhbar memutuskan tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan-kawasan terbabit.

Guru PASTI As-Salam Dinobatkan Dua Anugerah

MARANG- Guru PASTI As-Salam, Padang Midin, Cikgu Nora Abdul Jalil, 55 telah berjaya mengharumkan PASTI Terengganu apabila dinobatkan sebagai...