17 Julai 2010

Barang Naik; Rakyat Menerima Kesusahan

Kerana Pemimpin Umno/BN Tidak Laksanakan Keadilan Islam
KUALA NERUS
- Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negeri Terengganu dan juga negara gagal memberikan kesenangan hidup kepada rakyat.
Sehari demi sehari, Umno dan BN semakin menyusahkan rakyat dengan tindakan terbaru memotong subsidi dan menaikkan harga minyak, gas dan gula.
Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata kegagalan Umno dan Bn adalah kerana tidak melaksanakan keadilan Islam sebagaimana diperintahkan Allah SWT

16 Julai 2010

Jimat RM750 juta, Tiris RM28 bilion

KUALA NERUS - Kerajaan Barisan Nasional mendakwa dapat menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM750 juta dengan menarik balik subsidi yang dinikmati oleh rakyat dan menaikkan harga minyak, gas dan gula,

Pada masa yang sama sehingga kini, kerajaan BN bukan sahaja gagal mengutip ketirisan perbelanjaan sebanyak RM28 bilion, bahkan tidak mampu menjelaskan bagaimana wang kerajaan sebanyak itu telah hilang.

Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing berkata kerajaan turut mendakwa sekiranya pelarasan subsidi tidak dbuat, kerajaan Malaysia akan muflis menjelang tahun 2019.

Kenaikan Harga Minyak, Gas dan Gula Menambah Keperitan Hidup Rakyat Terengganu

KUALA TERENGGANU - Pemimpin PAS negeri Terengganu menyifatkan kenaikan harga bahan api utama, minyak dan gas serta gula yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak semalam akan menambahkan keperitan kepada kehidupan rakyat di negeri Terengganu.

Ia adalah merupakan satu bukti yang sangat jelas, bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak langsung prihatin dengan kesusahan yang dihadapi oleh rakyat negeri ini.

14 Julai 2010

Dadah Masuk Dalam Masjid

- kerana Masjid Hanya di Bina Untuk Laba dan Nama
KUALA TERENGGANU
– Kerajaan Umno/BN Terengganu membina puluhan masjid dinegeri ini, bukan mahu meng’imarah’kannya tetapi hanya untuk mengagihkan projek kepada ‘kroni’ dan mendapat ‘nama’ untuk kepentingan politik.

Banyak masjid yang dibina dari zaman Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh dengan tujuan untuk pamerkan atas papan tanda besar ‘bilboard’ ditepi-tepi jalan.

13 Julai 2010

Makan Ubi Kayu dan Tanam Ubi Gadung

KUALA TERENGGANU – Orang- orang Umno dan Barisan Nasional (BN) sering memburuk-burukkan musuhnya, terutama pesaing rapatnya dari PAS, dengan pelbagai fitnah dan tohmahan.

Antara yang kerap diucapkan oleh orang-orang Umno ketika berkempen adalah, sekiranya PAS memerintah, rakyat akan makan ubi kayu, sebagaimana zaman penjajahan Jepun.

11 Julai 2010

Lagi 'Keruntuhan' Binaan di Negeri Terengganu


KUALA TERENGGANU - Negeri Terengganu benar-benar telah terkena sumpahan apabila satu demi satu bangunan yang baru siap didirikan mengalami kerosakan dan 'keruntuhan'

Yang terbaru adalah syiling surau dewan konvensyen di Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man di sini.

Menurut laman blog Terengganukini, perkargambnarwan konvensyen Taman Tamadun Islam. Gambar di ambil Khamis 8 Julai 2010 tersebebut.

Guru PASTI As-Salam Dinobatkan Dua Anugerah

MARANG- Guru PASTI As-Salam, Padang Midin, Cikgu Nora Abdul Jalil, 55 telah berjaya mengharumkan PASTI Terengganu apabila dinobatkan sebagai...