17 November 2012

Lebih 50,000 Bnjiri Stadium Sultan Mohammad IV



KOTA BHARU - Gelombang kebangkitan rakyat Kelantan dengan warna-warni kuning, merah dan oren membanjiri Stadium Sultan Mohammad IV pada Himpunan Kebangkitan Rakyat Kelantan yang diadakan sejak petang Jumaat, 16 November, di sini.

Menjelang 'nyawa' Umno dan Barisan Nasional yang akan tamat apabila tempoh hayat pemerintahan kerajaan pusat 'rapat ke dinding' pada bulan Mac, 2013, rakyat terus 'beralih angin' menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Dihadapan lebih 50,000 khalayak yang berhimpun semalam, bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Nahwari Hashim telah mengisytiharkan dirinya sebagai ahli PAS.

Datuk Nahwari dengan rasmi menyerahkan borang keahlianya kepada Mursydul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat.

Turut hadir dalam Himpunan bersempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 itu adalah Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

16 November 2012

Ucapan Wakil PAS Terengganu Dr Azman Ibrahim

Kita bermuktamar pada kali ini, dalam suasana Pas Terengganu sedang bersiap sedia untuk kembali semula ke Wisma Darul Iman, insyaAllah. Fenomena kehadiran puluhan ribu  rakyat pada setiap Program Himpunan Kebangkitan Rakyat-PGU yang telah kita adakan secara bersiri bermula dari Kemaman, Besut, Kuala Terengganu, Marang dan yang terakhir di Jabi, Setiu. Kejayaan siri himpunan besar ini adalah gambaran gelombang kebangkitan mood rakyat yang sedang diuruskan dengan sebaiknya.

Tuan Pengerusi Tetap,

Selepas kejatuhan kerajaan Pas Terengganu dalam pilihanraya 2004, ramai yang sinis dengan pandangan menyindir apabila Pas Terengganu membentangkan fakta-fakta berkaitan pertambahan bilangan pengundi yang sangat luar biasa, diistilahkan sebagai pengundi hantu di Terengganu, ini antara sebab utama, BN kembali  berkuasa. Kononnya Terengganu kalah sebab dok pandai memerintah. Sekarang, apabila taktik yang sama sedang  berleluasa dipraktikkan di Selangor, barulah ramai yang sedar dan buka mata, betapa jahatnya umno!

Tuan Pengerusi Tetap,

Terengganu, negeri cantik, budaya menarik dan… rakyat pun dah serik! Negeriku…  tempat tanah rakyat kena rampas, rumah rakyat kena roboh, masjid kena sodok, wakil-wakil rakyat umno pakat baham tanah. Bajet 2012, 1.95 billion, paling tinggi di semenanjung, tapi rakyat ke 2 termiskin. Ketika diwar-warkan Pahang akan diberikan royalti, PM jangan pulak buat-buat lupa bahawa royalti Terengganu belum lagi dikembalikan. Apa pun, tahniah orang Pahang sebab akan dapat rasa duit minyak. Saman untuk mendapatkan balik royalti yang difailkan oleh Kerajaan Pas Terengganu dulu, Umno telah tarik balik dengan penuh kebaculan. Tarik balik saman bermakna serah bodo hak Terengganu kepada Pusat. Mana pergi slogan Terengganu hanelang, kalau kerajaan negeri tak berani nak angkat muka dengan kerajaan pusat demi untuk pertahankan hak dan maruah? Nnelang dengan rakyat sendiri, penakut pahit dengan orang luar!

Tuan Pengerusi Tetap,

Terengganu mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh saf kepimpinan pusat di atas prestasi kerja cemerlang sepanjang lebih setahun lalu. Kita bersama kepimpinan ulama’ melayari bahtera perjuangan ini. Wala’ kita kepada kepimpinan ulama’ yang diamanahkan parti, bukan kepada pimpinan parti lain. Apa alasan suara-suara picisan, untuk kaji semula gagasan kepimpinan ulama’? Apakah sebab dasar? Sebab matlamat? Sebab pendekatan? Sebab Pas sudah tak ikut arus zaman? Atau Pas sudah langgar al Quran? Atau Pas sudah semakin lemah? Atau ada ahli yang gopoh, nak tukar drebar sebab nak cepat sampai. Bagi Terengganu, Islam dan gagasan kepimpinan ulama’ inilah yang menjadi tonggak penting dalam kelangsungan gerakan Islam.  Gerakan Islam tentu tidak menyekat anggotanya berfikir tetapi tidak pula menggalakkan mereka sentiasa memberontak melawan kepimpinan.

Tuan Pengerusi Tetap,

Tak dilupakan, ucapan takziah kepada segelintir pimpinan yang kerjanya tak seberapa, tetapi mempunyai minat mendalam untuk buat press statement itu dan ini. Hobi pantang ada wartawan tanya… jawab ikut suka aku, akhirnya mewujudkan polemik yang tak berkesudahan dan memeningkan ahli serta penyokong bawahan. Isu-isu bersabit aqidah dan syariah, mana boleh kita ulas mengikut pertimbangan logik dan akal. Perhatikan … Seorang kata Hudud belum sesuai dilaksanakan, seorang lagi sambut dengan menyatakan rakyat perlu terlebih dahulu diberi kefahaman, seorang lagi kata polemik hudud adalah sesuatu yang sihat sehingga jadinya hingar-bingar!

Tuan Pengerusi Tetap,

Kita nak cekoh buah durian, kalau masing-masing pakat bawak kapak, gergaji, pahat, tukul, memanglah akan jadi geger habis. Sepatutnya… cekohlah molek-molek ikut pangsa dia.

Kalau kita tidak berkemampuan untuk merujuk kepada masdar (sumber) yang muktabar, bukankah diam lebih baik dan selamat? Biarlah mereka yang berkeahlian bercakap dan berhujah. Impian untuk ke Putrajaya bukan perlu diusahakan dengan mengadaikan prinsip perjuangan kita yang paling mahal.

Tuan Pengerusi Tetap,

Pendirian sebahagian pimpinan dalam isu-isu antarabangsa mesti seiring dengan sikap parti. Pimpinan nak buat lawatan, nak jadi orang tengah dalam konflik,  nak jumpa dengan mana-mana pemimpin dunia pun! silakan… tapi perlu beringat, anda adalah pemimpin sebuah parti Islam yang telah menyatakan sikap dan prinsip dalam sesuatu krisis yang berlaku. Jangan pula kita dilihat mengambil pendirian yang bercanggah.

Tahniah juga kepada Harakah, dengan ingatan yang dah diulang berkali-kali bahawa Harakah adalah lidah parti, bukan suara individu atau kelompok tertentu.  Tapi nampaknya Harakah agak kebal teguran. Dukacita, apabila sudah mula muncul ungkapan dari ahli dan penyokong, baik kita baca Sinar Harian dari Harakah.

Tuan Pengerusi Tetap.

Terengganu mohon menyokong…....

7 Amanat Ucapan Dasar Presiden

KOTA BHARU - Mengakhiri ucapan dasarnya, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi menyampaikan tujuh amanat penting khususnya kepada ahli dan pemimpin PAS yang hadir dalam Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiiah Kelantan, di sini Jumaat pagi 16 November.

Amanah yang berupa arahan tersebut merupakan 'perkara yang amat perlu' diambil tindakan oleh ahli-ahli dan pemimpin PAS sebelum pilihanraya umum kali ke-13 akan datang, seperti berikut;

Marilah dengan fikiran yang terbuka, penuh keazaman, berbekalkan keimanan kepada Allah dan janjinya dunia-akhirat, keyakinan kita kepada perjuangan kita ini, maka saya ingin membuat pengarahan berikut kepada semua perwakilan yang ada pada hari ini :

1. Saya mengarahkan kepada semua petugas, ahli dan pimpinan PAS untuk sentiasa menggenggam matlamat perjuangan untuk Islam, memurnikan fikrah perjuangan, tidak leka, tidak melaksanakan perkara yang merugikan perjuangan, seterusnya tidak mencelarukan fikrah dengan urusan yang tidak penting. 2. Saya mengarahkan agar semua jentera parti : dewan - dewan, lajnah, negeri untuk menumpukan perhatian kepada kerja pilihanraya, dengan ikrar untuk mempertahankan negeri yang ditadbir menerusi muafakat Pakatan Rakyat, dan seterusnya melebarkan ke negeri lain, hinggalah ke pemerintahan Pusat.
25

3. Saya menyeru kepada semua Kerajaan negeri di bawah PAS bersama Pakatan Rakyat - menggunakan masa yang tinggal ini untuk menyelesaikan urusan rakyat, teruskan kerja kebajikan; tanpa meninggalkan gerakerja parti hingga ke peringkat bawah dalam masyarakat.

4. Saya mengarahkan kepada semua pihak dalam parti, supaya berada di tahap bersiap-siaga yang paling tinggi untuk menghadapi Pilihanraya umum ke-13 – di mana kita akan berdepan dengan mainan nakal serta provokasi media dan BN yang terus menerus melaga-lagakan pimpinan PAS ke tahap yang tidak dapat kita bayangkan, akan terus memporak-perandakan PAS dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat sebagai langkah untuk melemahkan saf dan semangat kita. Jangan mundur, jangan terkeliru. Dengarlah panduan dan kenyataan rasmi yang diberikan oleh pimpinan tertinggi dari masa ke semasa. Semua pihak dalam parti perlulah mengelakkan diri dari melakukan kesilapan yang meremehkan kita di hadapan rakyat.

5. Saya mengarahkan kepada semua pihak dalam parti supaya melaksanakan tugas pilihanraya masing-masing dengan penuh hikmah, mengajak rakyat untuk berubah - bukan memusuhi rakyat, bertemu, bercakap dan menulislah dengan bahasa yang difahami oleh mereka, semuanya dengan penuh keikhlasan untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

6. Saya mengarahkan kepada semua saf kepimpinan dan ahli, marilah sama-sama kita mengeratkan ukhuwwah sesama kita, dan terus memperkukuhkan hubungan hablun minallah semua petugas dan ahli PAS sebagai senjata yang akan menguatkan semangat berjuang, tidak mundur, dan memohon pertolongan dari Allah SWT serta bertawakkal kepada Nya. Suasana menghadapi pilihanraya janganlah menjadi penghalang kepada memperbanyakkan amal ibadat, solat, puasa sunat, bermunajat yang akan menjadi benteng dalam perjuangan kita ini kerana kemenangan Islam adalah kurniaan Allah SWT.

7. Marilah pada hari ini, kita sama-sama memahami tema muktamar kali ini, serta menyusun gerakerja dan strateginya nanti dalam semangat tema muktamar NEGARA BERKEBAJIKAN TERAS PERPADUAN.

Potensi Tamatkan Konflik Yaman

  Perunding Houthi meninggalkan Riyadh selepas pusingan lima hari rundingan dengan pegawai Saudi mengenai perjanjian berpotensi yang boleh m...