22 Oktober 2011

"Jumlah RM5 juta mudah kita dapatkan kalau kita ada cincin,"sindir Pak Samad

KUALA TERENGGANU - Datuk A.Samad Said (Pak Samad) datang dua hari lebih awal sebelum program Sayembara Deklamasi Puisi yang dianjurkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur.

Walaupun mempunyai tujuan yang serupa, untuk membaca puisi, namun kedatangan Sasterawan Negara tersohor itu, tidak ada kena mengena dengan program sempena Bulan Bahasa Peringkat Negeri Terengganu tersebut.

PAS yakin kumpul Dana RM5 juta yang diperlukan untuk hadapi PRU-13

KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu sudah mengarahkan semua jentera pilihanrayanya di setiap peringkat mempersiapkan keperluan kewangan bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13.

Menurut Pesuruhjayanya, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, PAS akan menyediakan perbelanjaan setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) sebanyak RM100,000 sebagaimana yang dibenarkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)

Majlis Makan Malam Dana PRU-13 Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu






21 Oktober 2011

Misi murni Yayasan Amal ke Somalia

KUALA TERENGGANU -Yayasan Amal Malaysia kali ini mengorak langkah terbarunya melakukan kerja-kerja kebajikan sosial sempena musim perayaan Iduladha ke kawasan konflik Somalia.

Pengerusinya, Haji Husin Ismail berkata menjadi tradisi Yayasan Amal Malaysia menyertai program kemanusiaan apabila berlaku bencana alam di mana-mana sahaja.

Namun begitu, katanya misi Yayasan Amal kali ini ‘serampang tiga mata’ iaitu program korban aqiqah, kemanusiaan dan perubatan.

Pengumuman bajet 2012; Ahmad Said 'pening kepala'.

DUNGUN - Menteri Besar Terengganu mengakui, beliau 'pening kepala' ekoran pengumuman bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak.

Menurutnya, pengumuman pembayaran bonus kakitangan kerajaan menyebabkan kerajaan negeri terpaksa mencari kewangan sebanyak RM18 juta.

"Nak bayar bonus, kita pening kepala, nak raya baru ni PM isytihar bayar RM500 bonus, saya pening kepala dah, sebab (nak bayar bonus) RM500, kita (kena belanja) sekarang RM18 juta (kepada) kakitangan awam dan badan berkanun,

20 Oktober 2011

Manifesto adalah janji kepada rakyat dan amanah daripada Allah

Saya menolak sekeras-kerasnya dakwaan Ketua Wanita Umno Bahagian Marang yang menyatakan bahawa PAS hanya mampu menabur janji “gula-gula’ untuk pancing undi serta tidak mampu jamin apa-apa perubahan kepada rakyat .

PAS telah membuktikann apa yang telah dijanjikan semasa menjadi kerajaan Terengganu tahun 1999 -2004 bahawa PAS menunaikan janjinya dlm manifestonya pada Pilihan raya Umum ke-10 (PRU 10)  dengan menamatkan kutipan TOL di  Jambatan Sultan Mahmud pada 30hb November 1999 sampai sekarang dan ianya tinggal kenangan yang sentiasa terpahat  kepada seluruh rakyat  Terengganu apabila kita berada atau melalui  jambatan Sultan Mahmud.

19 Oktober 2011

Bajet untuk menyusahkan semua rakyat?

KUALA TERENGGANU - Selepas dua minggu Bajet 2012 yang di gembar-gemburkan sebelum ini. sebagai 'bajet untuk semua'  kini benar-benar dirasai kesannya oleh semua rakyat.

Belum pun masuk tahun baru, bukan kesenangan yang dinikmati, bahkan keperitan yang dikecapi, akibat bajet yang sebenarnya 'menyusahkan semua rakyat'.

Seorang pesara tentera yang mula menjalani kehidupan orang awam sejak tiga tahun lalu, mengeluh apabila lori yang dipandunya untuk mengambil upah menghantar barangan, kini tidak boleh bergerak.

17 Oktober 2011

Pihak media jangan halang 'sempadan Allah'.

KUALA TERENGGANU - PAS memberikan peringatan kepada semua pihak, melaksanakan undang-undang Islam termasuk undang-undang Hudud dan Qisas, adalah suatu tanggungjawab agama yang mesti dilaksanakan.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata kewajipan tersebut merangkumi semua orang yang beragama Islam, termasuk orang media yang beragama Islam.

Beliau menegaskan, hudud adalah hukuman ciptaan Allah SWT untuk manusia sebagai sempadan dari Tuhan, bukan ciptaan manusia itu sendiri.

"Buang sahaja undi pos, ia tidak mustahak lagi,"

- kata bekas pengasas pasukan komando Angkatan Tentera Malaysia
MARANG - Salah seorang bekas anggota tentera yang menjadi pengasas pasukan komando Malaysia, menggesa kerajaan memansuhkan undi pos dan memberikan peluang kepada anggota tentera mengundi secara biasa.

Haji Tuan Mahmod bin Tuan Baharu, 73, berkata undi pos sudah tidak mustahak kerana negara Malaysia bukan lagi dalam keadaan darurat.

Manifesto PAS; berita baik untuk seluruh rakyat Terengganu

KUALA TERENGGANU - Seramai 17,000 rakyat Trengganu yang penganggur dijanjikan dengan peluang pekerjaan sekiranya PAS diberi peluang dan mandat untuk memerintah negeri Terengganu selepas pilihanraya umum yang akan datang.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata berdasarkan kajian yang dibuat sebanyak 4% atau 17,000 belia di negeri Terengganu tidak memiliki sebarang pekerjaan.

16 Oktober 2011

PAS Terengganu lancar manifesto PRU-13 bertema "Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan"

KUALA TERENGGANU - PAS negeri Tererenggapi mengumumkan lima perkara dari kandungan manifestonya bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 sempena progrm Himpunan Kebngkitan Rakyat, PAS Ganti Umno (PGU100K) di Pantai Pandak, Chendering, Sabu 15 Oktober

Tawaran PAS kepada rakyat Terengganu bertema "Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan' telah dilancarkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Inspirasi Dua Suri Hati Mantan MB Terengganu

  Oleh : Azizah Mahmood  KUALA TERENGGANU - Menelusuri   pengalaman kehidupan  dua suri hati mantan Menteri Besar Terengganu cukup menginspi...