31 Disember 2010

Ahli Majlis marah wakil rakyat Umno tidak bela YDP

http://buletinonline.net/images/stories/berita37/ybwhassan.jpgDUNGUN - Ahli Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Abdul Razak Ismail membidas beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Dungun kerana mengambil sikap berdiam diri apabila wakil rakyat pembangkang menghentam Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Zainal Abidin Hussin ketika mengetengahkan isu kepincangan MPD dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

Abdul Razak berkata, ketika Zainal Abidin dituduh oleh wakil rakyat pembangkang dalam sidang DUN kerana mendakwa YDP itu melaksanakan beberapa dasar yang dikatakan banyak mendatangkan kesulitan kepada masyarakat Dungun, wakil rakyat BN khususnya dari Dungun dikatakan mengambil sikap berdiam diri seolah-olah menyetujui dakwaan yang dilontarkan pihak pembangkang. (Gambar kanan; ADUN Sura Ustaz Wan Hassan mendakwa YDP Dungun tidak melaksanakan tugas dengan baik dalam sidang DUN Terengganu baru-baru ini)

30 Disember 2010

Semarakkan Kempen PGU Hingga PRU-13

http://buletinonline.net/images/stories/berita37/yapasgantiumno.gif- Umno sudah tidak layak menerajui kerajaan Terengganu
KUALA TERENGGANU
- Seluruh jentera, ahli, penyokong dan pendokong PAS serta Pakatan Rakyat di negeri Terengganu akan bergerak serentak dan seiringan bagi meyemarakkan kempen 'PAS Ganti Umno' (PGU) hingga ke pilihanraya umum yang ke-13.

Sebaik kempen PGU dilancarkan pada Jumaat 24 Disember lalu, Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah pun merasa bahangnya dan cuba mempertahankan diri dengan pelbagai alasan dan dalil rekaan.

29 Disember 2010

Kenyataan Razali Palsu

http://buletinonline.net/images/stories/berita37/faizul12.JPG- Umno sogok wang beli pengundi
KUALA TERENGGANU
- Dakwaan 40 peratus pengundi muda kononnya beralih arah untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) akan datang, adalah palsu dan tidak benar

Setiausaha Pemuda PAS Terengganu, Wan Mohd Faizul Wan Abas menyanggah kenyataan palsu Naib Ketua UMNO Bahagian Marang, Razali Idris.

Wan Faizul menegaskan pengundi muda yang dikatakan dari kawasan Marang itu adalah sebenarnya pengundi atas pagar yang belum membuat keputusan.

28 Disember 2010

1Malaysia bercanggah dengan parti-parti Barisan Nasional

http://buletinonline.net/images/stories/berita37/nikzawi.JPGBESUT - Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata slogan 1Malaysia bercanggah dengan perjuangan parti-parti komponen utama Barisan Nasional (BN) termasuk Umno.

Oleh itu katanya, pemimpinan BN termasuk Perdana Menteri yang juga Presiden Umno,  Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sesuai bercakap mengenai 1Malaysia

Ia adalah kerana menurutnya, UMNO jelas memperjuangkan nasib Melayu, manakala MCA memperjuangankan kaum Cina dan MIC hanya memperjuangankan kaum India sahaja yang samasekali bercanggah dengan konsep 1Malaysia.

27 Disember 2010

Menghadapi kerajaan yang 'buta' dan 'tuli' di zaman ICT

http://buletinonline.net/images/stories/berita37/rehlahsgtebu&NgChaiHing%20003.jpgKUALA NERUS - Setelah menggunakan semua saluran teknologi maklumat dan komunikasi (Information & Comminication Technology) moden, akhirnya penduduk kampung Banggol Donas, dekat sini terpaksa memilih cara lama mengemukakan bantahan.

"Sejak setahun yang lalu, berpuluh surat bantahan melalui komunikasi moden telah dihantar kepada kerajaan, namun di zaman ICT yang serba canggih ini, ada kerajaan yang 'buta' dan 'tuli' yang tidak mengendahkan langsung suara masyarakat moden, itulah kerajaan Umno dan Barisan Nasional,"kata Penolong Setiausaha Pemuda PAS Kuala Nerus, Mohd Fakhrul Anwar.

26 Disember 2010

Penceramah 'celupar' umno takut untuk berdebat

http://buletinonline.net/images/stories/berita37/rehlahsgtebu&NgChaiHing%20058.jpgHULU TERENGGANU - Mendengar tuduhan melulu dan fakta bohong yang menylewengkan nas-nas al-quran serta hadis nabi SAW, seorang petugas Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS, Manir telah menghantar memo menjemput penceramah tersebut untuk berbahas.

Malangnya, jemputan 'on the spot' yang dikemukakan PAS menjadikan penceramah luar yang 'celupar'  itu takut dan kecut, lalu menolak pelawaan PAS untuk berdebat.

Setelah beroperasi lebih enam bulan, pusat Karaoke 'haram' di serbu

http://buletinonline.net/images/stories/berita37/DSC_4331.JPGKUALA NERUS - Masyarakat setempat lega dengan serbuan dibuat pihak berkuasa tempatan keatas sebuah pusat 'karaoke haram' di Taman Desa Solehah dekat sini, walaupun merasakan tindakan tersebut agak lambat.

Tindakan pihak berkuasa sepatutnya diambil lebih awal memandangkan pusat hiburan tersebut telah beroperasi 'secara terang-terangan' sejak enam bulan lalu.

Menurut seorang penduduk, kegiatan 'menjolok mata' remaja lelaki dan perempuan yang menjadi pelanggan pusat hiburan itu menjadi buah mulut dan mencetuskan kegelisahan masyarakat setempat.

25 Disember 2010

Kerajaan Negeri Terengganu Bankrap??

http://buletinonline.net/images/stories/berita37/DSC_0146.JPGKUALA TERENGGANU – Banyak penyelewengan yang telah di lakukan oleh Umno dalam pelbagai bidang termasuk bidang ekonomi, politik, dan undang-undang.

Ahli-ahli dan penyokong PAS digesa menggunakan isu penyelewengan tersebut bagi membuktikan kepada rakyat bahawa, sudah tiba masanya PAS menggantikan Umno sebagai pemerintah.

”Penyelewengan-penyelewengan Umno dalam banyak bidang. Bidang ekonomi, bidang politik, bidang undang-undang dan sebagainya,

Himpunan Kebangkitan Rakyat ‘PAS Ganti Umno’ Pada 15 Januari depan

http://buletinonline.net/images/stories/berita37/DSC_0186.JPGKUALA TERENGGANU ; PAS Negeri Terengganu akan menganjurkan siri Himpunan Kebangkitan Rakyat ‘PAS Ganti Umno’ (PGU) ke seluruh negeri Terengganu, bermula pada 15 Januari depan di Chukai, Kemaman.

Setiausaha Badan Perhubungan Negeri Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata Jawatankuasa Bertindak Penggerak Masyarakat ‘PAS Ganti Umno’ telah digerakkan bagi menyebarkan maklumat dan penerangan mengapa perlu PAS menggantikan Umno menjelang pilihanraya akan datang.

23 Disember 2010

Rumah Siap Pahat Berbunyi

http://buletinonline.net/images/stories/berita36/genderis.gif- Geng 10 Budak Hitam Jadi Geng 4 Budak Hitam Bisu?
KUALA TERENGGANU
; Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi, begitulah perumpamaan yang paling sesuai, buat Umno Terengganu, seusai Mesyuarat ke 3 Penggal ke 3 Dewan Undangan Negeri ke 12 (Sidang DUN Terengganu)  yang akan diadakan pada 13 hingga16 Disember baru-baru ini.

Beberapa blog pro-Umno mengungkit cerita tentang '10 budak hitam' apabila dilaporkan terdapat empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Terengganu yang enggan bersuara.

21 Disember 2010

Dilema Penghuni Flat Ladang Gemilang

Rakyat ‘merayu’, MB ‘berkeras’


Gambar - Wakil penduduk, Ibrahim Awang menyerahkan memorandum Penghuni Flat Ladang Gemilang (II) kepada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said di lobi Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu sambil disaksikan oleh Adun Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Adun Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini.
KUALA TERENGGANU: Pada sesi waktu rehat Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said menerima Memorandum yang diserahkan oleh wakil penghuni Flat Ladang Gemilang, Ibrahim Awang di lobi U2, Wisma Darul Iman, pada 14 Disember lalu.

20 Disember 2010

Tanpa Peruntukan Kerajaan Negeri

- ADUN Sura Teruskan Khidmat Bakti
 
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita36/adunsurasumbang.JPG- 215 Pelajar Miskin Dan Yatim DUN Sura Terima Sumbangan Pakaian Sekolah
DUNGUN
: Dengan sokongan padu seluruh warga Sura, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan tersebut dapat meneruskan khidmat bakti sekaligus berjaya mengurangkan beban keluarga yang kurang berkemampuan menghadapi musim baru persekolahan.

Bertunjangkan gerakkerja Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DUN Sura, Yang Berhormat Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli pada 18 Disember lalu telah menyampaikan sumbangan pakaian sekolahk kepada 215 pelajar miskin dan anak-anak yatim.

17 Disember 2010

‘Mad Said’ tidak cerdik, berniat jahat

KUALA TERENGGANU: PAS menyifatkan dakwaan kononnya kerajaan PAS Terengganu cuai sehingga disaman RM1 bilion dianggap berniat jahat, berkepentingan politik Umno serta kenyataan yang tidak cerdik.

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata dakwaan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said bahawa kerajaan negeri sekarang terpaksa menanggung beban kerana kecuaian kerajaan PAS bermotif politik.

Katanya, MB ‘Mat Said’ disifatkan seorang yang tidak cerdik kerana tidak tahu membezakan antara kerajaan dengan parti politik.

12 November 2010

Cabaran Perjalanan Menuju Arafah

MAKKAH – Keadaan penuh sesak Masjid al-Haram di sini akan menjadi lengang selama 5 hari apabila seluruh jamaah akan meninggalkan Makkah menuju Arafah.

Seramai 34,000 jamaah haji Malaysia akan bergabung membentuk himpunan terbesar umat Islam sedunia di Padang Arafah pada 14 November, bersamaan 8 Zulhijjah.

Kira-kira 4 juta umat Islam dari lapan benua akan berhimpun di padang yang bersejarah itu menjelang waktu maghrib hari Ahad tersebut.

Perjalanan ‘Manasik Haji’ secara berperingkat dengan menaiki bas sejauh kira-kira 20 km,  merupakan cabaran terakhir bagi musim haji 1431H.

Menurut Penyelia khidmat Haji swasta, Haji Razali Md Yunos, para jamaah akan bertolak pula ke Mina pada hari raya Eidul Adha, selepas ‘mabit’ di Muzdalifah.

Menurutnya, para Hujjaj akan berhimpun dan berkhemah di Mina pada hari-hariTasyrik, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

“Semua sekali (termasuk swasta dan) Tabung Haji lebih kurang 30,000 orang, (akan bertolak ke Arafah) pada 8 Zulhijjah,

“(beberapa kesukaran akan dihadapi oleh jamaah Haji)  tetapi kesukaran itu boleh kita ‘minima’kan kerana ia bergantung kepada arahan daripada ‘Muassasah’,”ujarnya ketika ditemui disni.

Katanya, antara kesukaran yang mungkin dihadapi adalah risiko ‘banjir’ yang melanda sekiranya hujan turun dalam waktu ‘perkhemahan’ di Mina, sebagaimana yang berlaku pada tahun lalu.

Selain itu, menurutnya, situasi ‘sukar’ juga akan dihadapi, sekiranya berlaku sebarang kemalangan, samada semasa perjalanan atau di tapak perkehemahan di Mina.

Oleh itu, beliau menasihati semua jamaah agar supaya berhati-hati dan betrsabar dalam menempuhi perjalanan terakhir ‘kerja haji’ tersebut.

“Harapan kita, semoga kita semua bersabar (menghadapi ujian), (kita berdoa) semoga Allah memberikan kita menudahan, (dan) ketenangan,

“semoga apa yang kita rancang ini berjaya, InsyaAllah dan semua orang (para Hujjaj) dikurniakan Haji yang mabrur, InsyaAllah,”jelasnya.

04 November 2010

Banjir kilat melanda sekitar Masjid al-Haram


MAKKAH AL-MUKARRAMAH - Hujan yang turun berterusan selama 2 jam, daripada waktu maghrib sehingga Isyak semalam 2 November, disekitar Masjid al-Haram, disini, telah menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat.

Jalan utama masjid al-haram serta jalan-jalan kecil di sekitar kediaman jamaah haji Malaysia di penuhi air umpama terusan kerana ketiadaan longkang.

Tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan namun para peniaga yang sedang menghampiri 'musim puncak' mengaut keuntungan dengan kedatangan jamaah haji dilaporkan mengalami kerugian.

Menurut jurucakap sebuah agensi perkhidmatan Haji swasta, pada tahun lalu hujan dan banjir kilat juga berlaku pada waktu yang hampir sama, sebagaiman berlaku pada tahun ini.

01 November 2010

Syarikat Keluarga Osama, Bin Ladin Group Kontraktor Utama Pembesaran Masjid al-Haram

Makkah - Walaupun Osama yang didakwa menjadi ketua kumpulan al-qaeda terus diburu, ditanah tumpah darahnya, syarikat milik keluarga beliau, Bin Laden Group terus mendapat kepercayaan pemerintah Saudi.

Bin Laden Group dilantik sebagai kontraktor utama bagi pembinaan perluasan Masjid a-Haram oleh Raja Abdullah, dengan keseluruhan projek bernilai SR6.65 bilion (RM6 bilion).

Projek terbaru permodenan bandaraya Makkah itu seluas 'sayup panjangnya' sehingga lingkaran lebuhraya di utara Masjid al-Haram dan melebar ke barat sehingga Jalan Bukit Kaabah.

20 Oktober 2010

Sembelih 'Musang Berbulu Ayam'!

- Dato' Mustafa menjangka ada pimpinan Umno Terengganu yang akan keluar parti.
KUALA TERENGGANU - Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali menyifatkan perbalahan yang berlaku di kalangan pemimpin Umno Terengganu adalah terlalu 'dalam' dan beliau tidak fikir Konvensyen yang diadakan baru-baru ini dapat menyelesaikan masalah.

"Saya tidak fikir akan selesai, permasalahan itu terlalu 'dalam', bukan (antara) kumpulan tetapi (perbalahan) peribadi, payah nak selesai, memang sebahagian (pemimpin Umno) sudah tawar hati,

"saya menjangkakan ada yang akan keluar daripada Umno, yang akan meninggalkan Umno akibat daripada (perbalahan),"jelas beliau kepada wartawan dalam satu sidang media disini, Isnin, 18 Oktober.

Sebelum itu, beliau berkata secara 'berseloroh' tetapi serius, mencadangkan kepada Pengerusi Perhubungan Umno negeri Terengganu, supaya ahli Umno yang dianggap sebagai 'Musang Berbulu Ayam' disembelih.

"yang dah gemuk dan dah tak ada tugas (ahli yang dianggap Musang Berbulu Ayam) sembelih, buat apa simpan, gemuk saja-saja, berat bawa sahaja,"ujarnya, sebagai respon kepada kenayataan Dato' Seri Hishamuddin Hussein yang dianggap 'pelik' pada Konvensyen Umno baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau menafikan PAS 'menangguk di air keruh' dan mengambil kesempatan atas kelemahan Umno disebabkan perbalahan diantara kumpulan-kumpulan bertentangan.

"Tidak, kita bekerja macam (seperti) biasa dan kita bergantung kepada kekuatan kita, sebab kekuatan PAS dan Umno Terengganu hampir sama,

"kalau dibahagikan (kekuatan antara PAS dan Umno) adalah 45 :45 begitu, 10 peratus yang lain ada lah pengundi atas pagar,"tegas beliau yang menerajui PAS Terengganu sebahagi Pengerusi Perhubungan Negeri sebelum dilantik menjadi Setiausaha Agung PAS.

Menurutnya, waktu puncak PAS dan menang dalam pilihanraya pada tahun 1999, sokongan terhadap Umno tidak berkrangan daripada 45% dan begitu juga sebaliknya, sekiranya Umno menang, sokongan kepada PAS tidak turun melebihi paras itu.

"terlalu dekat (persaingan antara PAS dan Umno) ada perubahan sedikit akan bertukarlah kerajaan,"ujarnya.

Oleh itu, katanya, para petugas PAS mestilah bekerja kuat dan tidak mengharapkan kelemahan Umno untuk memastikan kemenangan dalam pilihanraya akan datang.

15 Oktober 2010

Hentikan Aktiviti Membalak di Taman Negara!

HULU TERENGGANU - Pengerusi Lujnah (biro) Pengguna dan Alam Sekitar, Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dr. Alias Razak menggesa lesen pembalakan dalam air di kawasan Taman Negara yang diluluskan kerajaan negeri Terengganu kepada syarikat Wargasuria Holding Sdn Bhd, dihentikan serta merta.

Menurutnya, oleh kerana lesen membalak di kawasan tersebut dikeluarkan oleh kerajaan, adalah wajar lesen dan kebenaran tersebut dihentikan kerana ia menjadi kawasan habitat ikan yang merupakan sumber utama ikan di Tasik Kenyir.

"(terdapat) tompok-tompok minyak, mungkin (disebabkan) tumpahan minyak diesel (yang berlaku) semasa operasi menebang balak, ini (ia) akan menyebabkan habitat ikan yang selama ini hidup disini akan pupus,"katanya ketika ditemui sewaktu melawat kawasan pembalakan dalam air tersebut, di sekeliling Gua Bewah, Taman Negara Tasik Kenyir, disini, semalam Khamis 14 Oktober.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, ikan merupakan tarikan pelancong ke Tasik Kenyir dan pelancong datang untuk memancing dan melihatt habitat asli ikan-ikan yang sukar didapati ditempat-tempat lain.

Menurutnya, aktiviti pembalakan yang mencemarkan alam sekitar Taman Negara dan Tasik Kenyir akan menyebabkan tarikan pelancong itu hilang.

"pada pendapat (pandangan) kita (saya), kalau benda ini (aktiviti pembalakan) boleh menjejaskan tarikan pelancong di Tasik Kenyir, kerajaan (mesti) menghentikan dan tidak meneruskan pembeian lesen pembalakan di kawasan Taman Negara dan habitat ikan yang merupakan hasil (khazanah) yang sangat berharga,"tegasnya.

Berita sebelum ini;

Syarikat Mek Hawa cabul alam sekitar Tasik Kenyir




29 September 2010

Sekitar Rumah Terbuka BPPNT 1431H


Pelbagai Lapisan Kunjungi Rumah Terbuka

KUALA TERENGGANU
- Pelbagai lapisan masyarakat mengunjungi rumah terbuka sempena Eidul Fitri 1431H Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) yang diadakan di perkarangan Pejabat BPPNT, Taman Seri Intan, dekat sini, Rabu, 29 September.

Setiausaha PAS Terengganu Haji Yahaya Ali berkata, ribuan pengunjung yang hadir menunjukkan kecenderungan rakyat dan sokongan moral mereka kepada PAS, dalam suasana politik negara yang tidak menentu kini.

Beliau turut menucapkan terima kasih atas sokongan mereka yang berterusan.

"AlhamduliLlah, ramai yang datang ke majlis hari ini, pelbagai lapisan masyarakat, yang lama dan ramai dikalangan orang muda,

"bagi pihak PAS negeri Terengganu, saya mengucapkan terima kasih, JazakumuLlah khairal jaza', kepada sokongan yang berterusan,

"tidak lupa kepada semua ahli dan penyokong PAS yang menyumbang serta staf pejabat perhubungan yang bekerja sehingga rumah terbuka tahun ini dilaksanakan dengan jayanya,"katanya ketika ditemui.

Dalam perkembangan politik semasa, PAS menganggapkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima sebagai takdir dari Qada dan Qadar Allah SWT.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Harun Taib berkata apa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas adalah Qada dan Qadar dari Allah SWT.

Katanya, PAS akan mempertahankan Dun Galas hingga kekal menjadi milik PAS serta mengharapkan dengan kemenangan majoriti yang lebih besar.

“Apa yang berlaku di Dun Galas, kita (PAS) terima sebagai Qada dan Qadar dari Allah SWT. Insya’Allah, kita (PAS) akan sama-sama mempertahankan Dun Galas sehingga kekal menjadi milik PAS dalam pilihan raya kecil akan datang.

“Kita (PAS) harap dapat majoriti yang lebih besar, Insya’Allah. Kita (PAS) belum tentukan calonnya dan terserah kepada Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan untuk tentukan kerana mereka (Kelantan) lebih tahu,” jelasnya pada sidang media sempena program Rumah Terbuka PAS

http://buletinonline.net/images/stories/berita34/rumahterbukabppnt%20115.jpgKetika menjawab persoalan cadangan agar Umno dan Barisan Nasional (BN) Kelantan tidak bertanding dalam pilihan raya kecil di Dun Galas itu PAS mengalu-alukan hasrat tersebut.

“Jika Umno tidak bertanding di Dun Galas, kita (PAS) mengalu-alukanlah kerana Umno sudah tidak berfungsi di Kelantan.

“Saya tidak mengharapkan (cadang tidak tanding) tetapi jika Umno-BN tidak mahu bertanding kita (PAS) mengalu-alukan,” ujarnya.

Menurutnya, PAS sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya tersebut meski pun Umno-BN mahu menguji kekuatan PAS di Kelantan.

Namun begitu, beliau yang juga Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat tidak memandang mudah pilihan raya kecil tersebut kerana Dun Galas pernah menjadi ‘kubu’ kuat Umno-BN sebelum ini.

“Ya, kita (PAS) tahu ini (Galas) kali pertama kita (PAS) menang pada pilihan raya (PRU) 2008. Kali pertama kita (PAS) menang di Dun (Galas) itu. Saya rasa selepas kita (PAS) menang ini perkhidmatan wakil rakyat (Chek Hashim) itu orang (rakyat) boleh kenal.

“Khususnya, wakil rakyat PAS berkhidmat dengan baik di sana (Galas) dan kerajaan negeri Kelantan pun memberi suatu perkhidmatan yang baik. Ini akan menambah yakinkan para pengundi kepada PAS,” jelasnya.

Hadir sama pada sidang media tersebut Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik dan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Mohamad Zawawi Nik Salleh.

28 September 2010

"Jawapan Bocor"; JPNT Mahu Kekalkan Prestasi?

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu diminta memberi penjelasan tentang dakwaan kejadian 'jawapan bocor' yang berlaku keatas pelajar tahun enam sekolah rendah yang mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru -baru ini.

Pengerusi Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) Cikgu Fauzi Abu Samah berkata pihak mendapat aduan dari warga pendidik negeri Terngganu berkenaan kejadian tersebut.

"MAMPAT dapat 'respon' daripada warga pendidik negeri Terengganu berkaitan dengan UPSR, kalau kita dulu terkenal, popular soalan bocor, tapi di Terengganu (sekarang) terkenal dengan 'jawapan bocor'.

27 September 2010

Ijtimak Tarbawi ; 2000 Pemuda 'Saf Hadapan' PAS Terengganu Berhimpun

http://buletinonline.net/images/stories/berita34/ijtima%20banner.jpg
(Kemaskini - Ijtimak Program Paling 'Berprestij'- Kehadiran lebih 10 tokoh Tarbiyah dan Perkaderan PAS termasuk Mursyidul Am) KUALA TERENGGANU - Seramai 2000 Pemuda PAS Terengganu akan digerakkan menjadi tenaga utama 'Saf Hadapan' dalam Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS Pusat yang akan di adakan di masjid Rusila Marang, pada 1, 2 dan 3 Oktober depan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata 2000 orang akan menjalani latihan akhir bagi menjadi petugas pemuda 'Saf Hadapan' menghadapi pilihanraya umum yang ke -13 akan datang.

26 September 2010

Sekalung Doa Buat alMarhum Cikgu Mat Karim

http://buletinonline.net/images/stories/berita34/almarhumcikgumatkarim1.jpgKUALA TERENGGANU - Sekalung doa daripada warga Buletinonline khusus kepada kepada mantan Bendahari PAS Kawasan Kuala Terengganu, dikenali dengan panggilan Cikgu Mat Karim atau Mohamad Bin Karim, yang telah kembali ke rahmatuLlah pagi Ahad 26 September.

Solat Jenazah dan penyempurnaan jenazahnya telah diadakan selepas solat zuhur di masjid Simpang Empat, Chendering Kuala Terengganu, di imamkan oleh putera al-marhum sendiri Ustaz Abdul Rahman yang masih menuntut di Yaman.

Ribuan hadir ke rumah terbuka

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita34/bburok.JPG- Isyarat sokongan rakyat kepada PAS bertambah mantap
KUALA TERENGGANU - Ribuan rakyat yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok dan Hari Sambutan Idulfitri Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Payong menandakan isyarat sokongan rakyat kepada PAS semakin jelas.

Majlis Rumah Terbuka Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi bermula seawal jam 10.30 pagi dan berlanjutan hingga jam 3.00 petang

Luluskan 20 Lesen Karaoke Baru

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita34/mnoor.JPG- Umno/BN Cabar Rakyat Terengganu.
KUALA TERENGGANU - Tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu meluluskan 20 lesen karaoke baru disifatkan sebagai mencabar selujruh rakyat, menghina umat Islam dan agama Islam di negeri ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah mempersoalkan tindakan kerajaan itu kerana kelulusan lesen karaoke tersebut bukan dalam lingkungan bandar.

"Dalam beberapa persidangan (DUN) yang lalu, saya pernah tanya, bahkan termasuk YB Batu Burok tanya dalam sidang yang lepas, berapakah jumlah karaoke yang telah diluluskan di pernigkat negeri Terengganu ini, dan kita telah melihat maklumat itu sudah (ada) banyak karaoke, bahkan 100 lebih kalau tak silap saya karaoke yang telah diluluskan di seluruh negeri,

25 September 2010

Pemilihan Cabang PKR Terengganu

http://buletinonline.net/images/stories/berita34/PEMILIHANTERENGGANUPKR.gif- Keputusan Pemilihan Cabang Kuala Nerus Di Tangguhkan
KUALA TERENGGANU
- Pemilihan Cabang Parti Keadilan Rakyat di negeri Terengganu dilaporkan berjalan lancar kecuali bagi pemilihan Cabang Kuala Nerus.

Cabang Setiu dan Hulu Terengganu dikatakan tidak ada masalah mengekalkan Ketua Cabang masing-masing, manakala Cabang Kemaman mendapat Ketua yang baru, Mohd Rafizi Ramli.

Keputusan pemilihan bagi Cabang Kuala Nerus di tangguhkan kerana terdapat masalah teknikal ketidakjelasan dalam senarai pengundi dan juga senarai calon serta jawatan yang dipertandingkan.

DAP Giat Daftar Pengundi, BN Jauh Ketinggalan

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita34/chaihing.jpg- Ramal Tsunami Pantai Timur Pada PRU Ke-13
KUALA TERENGGANU
- DAP Kuala Terengganu mengorak langkah melantik dua kakitangannya menjadi penolong

pendaftar pemilih bagi meningkatkan aktiviti pendaftaran pengundi baru sebagai usaha memenangkan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

Pengerusinya Ng Chai Hing berkata, beliau mengambil tindakan tersebut setelah menerima banyak pertanyaan dan sokongan daripada masyarakat Tionghua yang berhasrat mendaftar sebagai pengundi.

Kerajaan Umno/BN Terengganu Tiada Budi Bicara

http://buletinonline.net/images/stories/berita33/wookawang.jpg- Bayaran Pengambilan Tanah Ladang Terlalu Rendah, Tidak Setimpal
KUALA TERENGGANU
- Seorang penduduk asal Kampung Ladang, Roselan Zakaria, 49, mendakwa bayaran pampasan diberikan kepadanya serta 28 orang penduduk di Kampung Ladang Tok Pelam tidak setimpal.

Katanya, sebuah kedai makan yang menjadi punca mata pencarian keluarga hanya dibayar saguhati sebanyak RM2,500 berbanding tuntutan dibuat RM20,000 penilaian.

“Saya rasa cukup tidak puas hati kerana kedai (premis) perniagaan yang dijalankan sejak lebih lima tahun bersama empat buah kedai lain hanya dibayar RM2,500 sebuah pada 18 Ogos lalu,” jelasnya.

24 September 2010

Babi berkeliaran; Penduduk Cadang Hantar ke Zoo Kemaman

http://buletinonline.net/images/stories/berita33/P1180234.JPGKUALA NERUS - Kejadian babi berkeliaran di kawasan Taman Perumahan Seberang Takir agak serius sehingga baru-baru ini, Skuad Buletinonline dapat merakamkan klip video binatang liar tersebut.

Beberapa penduduk yang ditemui memberikan cadangan supaya pihak berkuasa samada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) atau PERHILITAN mengambil tindakan menangkap binatang tersebut.

"Tangkap dan hantar ke zoo Mad Said di Kemaman,"cadangan seorang peduduk yang tidak mahu dikenali.

Besut Juara, Kemaman Naib Juara

http://buletinonline.net/images/stories/berita33/umnojuararakyat.gifKUALA TERENGGANU - Setelah enam tahun Umno dan Barisan Nasional mermpas pemerintahan kerajaan Terengganu daripada PAS, barulah rakyat boleh melihat benar-benar pencapaian yang diperolehi oleh kerajaan berdasarkan slogan 'Islam Hadhari Terengganu Bestari' yang dipopularkan oleh Mantan Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh.

"Tidak pernah sebelum ini" Terengganu mencapai rekod yang begitu cemerlang dalam masalah sosial yang melanda hidup rakyat.

23 September 2010

Ijtimak Kali Ke-8, 2010; Menilai Pemikiran Melayu Terengganu

http://buletinonline.net/images/stories/berita33/ijtimaksmall.gifKUALA TERENGGANU - Ijtimak Kepimpinan PAS Kali Ke 8, 2010 adalah siginifikan bagi menilai dan menguji kekuatan PAS di negeri Terengganu menjelang Plihanraya Umum yang Ke-13 (PRU 13) yang akan datang.

Dengan meletakkan keyakinan PRU13 akan diadakan pada tahun depan, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik berkata, Ijtimak pada kali ini adalah amat penting sebagai pesiapan PAS Terengganu sebagai 'kerajaan Menunggu'.

"Ijtimak kali ini merupakan tahun pendaduhuluan sebelum daripada PRU 13 dan merupakan ujian kepada bagaimana hubungan kita (PAS) dengan pimpinan dibawah juga bagaimana sokongan kita dibawah selepas (PRU 12) Pakatan Rakyat memerintah beberapa negeri.

22 September 2010

ECER – Keretapi sudah ter’cecer’

http://buletinonline.net/images/stories/berita33/KKRS1.JPG- Minta siasatan dijalankan segera.
KUALA TERENGGANU
– Belum pun siap kajian kemungkinan laluan Rel Pantai Timur yang dicadangkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi meningkatkan sistem pengangkutan keretapi di kawasan berkenaan, perkhidmatan keretapi sedia ada dari Kerteh Ke Kuantan telah pun ‘tidur’.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MILS (MISC Integrated Logistics Services management) syarikat induk logistik milik Malaysia International Shipping Coporation (MISC) telah memberi notis penamatan khidmat Operasi dan Penyelenggaraan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

20 September 2010

KUDQI berkembang pesat sejak 12 tahun lalu

http://buletinonline.net/images/stories/berita33/konvokuqi1.jpg- Diploma diIktiraf Universiti Timur Tengah dan Eropah
HULU TERENGGANU
- Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (KUDQI) berkembang sejak ditubuhkan 12 tahun lalu, merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang mendapat pengiktirafan Universiti Al-Azhar, Mesir.

KUDQI menawarkan dua kuliah pengajian peringkat Diploma; Syariah dan Usuluddin (Tafsir dan Hadis) yang dilaksanakan melalui program 3 + 1, tiga tahun di Kudqi dan satu tahun di Universiti Al-Azhar

‘e-Book, Tak ada Manfaat Secara Kesuluruahannya,”

http://buletinonline.net/images/stories/berita33/MBbanggae-Book.jpg- kata Guru Besar Sekolah Rendah
KUALA NERUS
– Arahan seorang Guru Besar Sebuah Sekolah Kebangsaan disini, yang melarang murid tahun enam membawa komputer bimbit e-Book ke sekolah sudah lama kedengaran.

Agak ekstrem, bukan sahaja ‘mengharamkan’ komputer bimbit yang menjadi kebanggaan Menteri Besar Terengganu itu berada disekolahnya, malah beliau telah bertindak merampas beberapa e-Book dari para pelajarnya.

19 September 2010

Ijtimak Kepimpinan PAS Ke 8 Pada 22 & 23 Oktober

http://buletinonline.net/images/stories/berita33/ijtimak2009.jpgBatu Rakit, SETIU - PAS Terengganu akan menganjurkan Ijtimak Kepimpinan PAS Kali ke 8 tahun ini pada 22 dan 23 Oktober depan di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu.

Ijtimak yang pertama kalinya berlangsung selama dua hari itu akan di 'tambah nilai' dengan acara pemuda dan muslimat,  bagi menyuntik 'sentuhan kepada masyarakat setempat' sebagai usaha menyemarakkan semangat menawan kembali 'Wisma Darul Iman'.

17 September 2010

Dato' Harun Rasmi Pejabat Khidmat DUN Chukai

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita33/DSC_3149.JPGKEMAMAN - Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Harun Taib merasmikan Pejabat Majlis Tindakan DUN(MTD) Chukai yang juga pejabat Khidmat Masyarakat DUN Chukai di Jalan Air Putih disini hari ini,17 September.

Perasmian pejabat MTD Chukai diadakan bersekali dengan Majlis Rumah Terbuka sempena Eidul Fitri 1431H peringkat DUN Chukai.

(Gambar - Dato' Ustaz Harun Taib menandatangani plak perasmian pejabat MTD dan Khidmat DUN Chukai)

Kerajaan Terengganu Tidak Ada 'Justifikasi' Melaksanakan Pembangunan

http://buletinonline.net/images/stories/berita33/batuenamsesak.jpgKUALA TERENGGANU - Sebuah kerajaan yang baik, melaksanakan agenda pembangunan untuk rakyat berdasarkan suatu 'justifikasi' (pertimbangan), projek tersebut adalah diperlukan oleh rakyat dan memberikan manfaat yang banyak kepada rakyat.

Namun begitu, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal Dr Alias Razak, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu dibawah pimpinan Dato' Seri Ahmad Said hanya melaksanakan pembangunan berdasarkan 'ikut suka aku'.

16 September 2010

Siapa Pula 'Maat Bin Ismail' Di sisi Mek Hawa?

http://buletinonline.net/images/stories/berita33/suratmb.jpgSetiap kejayaan wanita pasti ada lelaki yang menjadi inspirasi di belakang kejayaan tersebut.

Kejayaan Mek Hawa Binti Abdul Rahman mendapat kontrak membekalkan pakaian sekolah kepada kerajaan Terengganu bukan hanya disebabkan faktor Menteri Besar, Dato' Ahmad Said, yang meluluskan kontrak tersebut secara runding terus.

Ada lelaki yang lebih penting dalam kehidupan wanita separuh baya berumur 49 tahun itu, yang bernama Haji Maat bin Ismail.

15 September 2010

Babi Hutan Berkeliaran;

http://buletinonline.net/images/stories/berita33/P1180241.JPG- Penduduk Taman Perumahan Bimbang (Kemaskini 16 Sept, 3.50AM) KUALA NERUS - Penduduk Taman Perumahan Permint Perdana Seberang Takir disini bimbang dengan kehadiran babi hutan berkeliaran di kejiranan mereka.

Binatang liar itu tidak takut dan langsung tidak menghiraukan kehadiran orang ramai, malah 'berani' mencari makanan dari sisa terbuang di tong sampah yang disediakan Majlis Bandaraya Kuala Kerengganu (MBKT)

E-Book Ke Sekolah Menengah; Kerajaan Terengganu Tiada Integriti

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita32/Audit%20001.jpgKUALA TERENGGANU - Tindakan kerajaan negeri Terengganu meneruskan program e-Book disifatkan sebagai satu keputusan yang angkuh dan sombong bukan sahaja kepada rakyat Terengganu malah kepada para pegawai kerajaan sendiri.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS negeri Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah menganggap keputusan Exco berkenaan mengumumkan perlaksanaan program tersebut ke peringkat sekolah menengah pada tahun hadapan membuktikan kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu bukan kerajaan yang rasional dan berintegriti.

"Ia adalah bukti, bahawa Exco dan kerajaan negeri bersikap umpama orang yang cerdik tetapi tak boleh nak tumpang, bodoh tak boleh nak tunjuk,  Jelas kerajaan negeri Terengganu pimpinan Umno tidak mengendahkan teguran rakyat,

Gejala Maksiat, GRO dan Pondan di Bulan Ramadhan

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/maksiat.jpg-  Kerajaan BN Gagal kuatkuasakan Syariah, Tidak Membentuk Peribadi Rakyat
KUALA TERENGGANU
- Kejadian maksiat dan mungkar yang berlaku dalam bulan Ramadhan di negeri Terengganu baru-baru ini adalah petunjuk kepada kegagalan kerajaan BN mentadbir dan mengurus negeri ini dengan baik.

Menurut Timbalan Perusuhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik, kejadian tersebut tidak belaku sekiranya kerajaan melaksanakan ''amar ma'aruf nahi mungkar' dengan mendidik peribadi rakyat serta melaksanakan penguatkuasaan

13 September 2010

Ijtimak IdulFitri PERANTAU ; Sarat Persoalan PRU-13.

KUALA TERENGGANU - Ijtimak IdulFitri Anak-anak Terengganu di Perantaun (PERANTAU) yang diadakan semalam, 2 Syawal bersamaan 12 September 2010, sarat dengan persoalan bagaimana persiapan dan persediaan PAS serta Pakatan Rakyat menghadapi Pilihanraya Umum ke -13 akan datang.

Lebih 1000 orang peserta yang hadir, mewakili pelbagai kelompok, bukan sahaja dikalangan Perantau domestik, malah mereka yang bermastautin di luar negara.

Sesi dailog yang mencungkil pelbagai keresahan dan kebimbangan, datang dari nurani mereka yang yang cintakan Islam dan PAS sebagai sebuah parti politik serta gerakan Islam.

Masyarakat Tionghua Sudah Bosan Dengan Kerajaan Umno/BN

http://buletinonline.net/images/stories/berita33/chaihing.jpgKUALA TERENGGANU - Masyarakat Tionghua sudah bosan dan tidak puas hati dengan kerajaan dibawah pimpinan Umno dan Barisan Nasional baik di peringkat pusat mahupun dinegeri Trengganu.

Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chi Hing berkata demikian dalam majlis Ijtimak Idulfitri Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) yang diadakan di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu, disini semalam, 12 September.

"Rata-rata masyarakat Tionghua sudah rasa jijik dan amat tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan di peringkat pusat mahupun di peringkat Terengganu. Dan ini merupakan suatu perkembangan yang amat baik untuk Pakatan Rakyat untuk menawan kembali di negeri Terengganu,"ujarnya ketika menjawab soalan yang ditimbulkan peserta Ijtimak.

11 September 2010

Eidul Fitri DiCemari 'Limpahan Sampah'

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita33/sampahmelimpah.jpgKUALA NERUS - Kemeriahan dan keceriaan sambutan 1 Syawal di pinggir jalan-jalan utama dalam kawasan ini dicemari dengan limpahan sampah sarap yang berbau busuk dan hanyir.

Tong-tong sampah yang disediakan pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tidak mampu lagi menerima sisa buangan persiapan penduduk di kawasan ini menyambut ketibaan Eidul Fitri kerana ia telah penuh, akibat tiada kutipan dilakukan.

10 September 2010

'Merempit Pula' Di Malam Eidul Fitri

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/RempitMalamRaya%20035a.jpgKUALA TERENGGANU - Persimpangan Semarak Bukit Tunggal di sini 'gamaknya' sudah menjadi litar tetap kepada Mat-mat Rempit apabila mereka merempit pula pada malam menjelang Eidul Fitri jam 2.00 pagi hari ini 10 September.

Beratus-ratus anak muda berkumpul dan mula menunjukkan lagak masing-masing dengan membuat pecutan sambil mengangkat motosikal mereka dan meluncur laju dengan satu tayar sahaja.

08 September 2010

PAS Besut Buat Laporan Polis

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/BP%201.jpgBESUT -Yang Dipertua PAS Kawasan Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.telah membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut hari ini 8 September, jam 10.40 pagi.

Laporan polis dibuat ekoran pendedahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkaitan wujudnya campurtangan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam urusan yang dibawah bidangkuasanya sehingga disifatkan melanggari seksyen 4 Akta Polis 1957

Kerajaan Mungkir Janji; Penduduk Asal Kampung Ladang Tidak Puas Hati

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/ADUNLandangFlatGemilang.jpgKUALA TERENGGANU - Kampung Ladang yang terkenal dengan kegiatan seni tradisional pertukangan barangan tembaga, perak dan keris Melayu akan hilang dari bumi Terengganu.

Wakil penduduknya, Ibrahim Awang berkata, penduduk asal Kampung Ladang terkilan dengan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang menaburkan janji manis sewaktu mengambil balik tanah-tanah mereka.

06 September 2010

Penduduk Ladang Gemilang Suarakan Bantahan

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/flatladang%20043.jpg(Kemaskini Video Klip 2.00Pm 7 Sept)
KUALA TERENGGANU
- Lebih 70 orang penduduk, mewakili 30 keluarga yang tinggal di Pangsapuri Ladang Gemilang dekat sini menyuarakan tuntutan dan bantahan mereka terhadap Menteri Besar Terengganu dan juga kerajaan negeri Terengganu.

Mereka menuntut supaya sewa pangsapuri kos rendah diturunkan sebagaimana janji adalah Menteri Besar Terengganu ketika tanah mereka diambil.

Wanita Berjiwa Kental Sentiasa Mendepani Cabaran

  Oleh : Aqilah Mohd Jafri / Gambar : Hajar Kamarudin  MARANG - Wanita berjiwa kental dengan semangat perjuangan dalam mendepani cabaran sej...