
MARANG – Pasukan pembarisan Unit Amal Malaysia bersiap siaga untuk
membuat persembahan pembarisan bersempena Majlis Perasmian Ijtima’
Antarabangsa pada pagi esok bertempat di perkarangan Dewan Tok Guru,
Rusila.

Komander
Pasukan tersebut Mohd Said Mohd Amin berkata Pasukan Unit Amal ini yang
diwakili oleh Pasukan Unit Amal Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman
(MTT), Tok Jiring yang dianggotai seramai 40 ahli pasukan pembarisan.
“persiapan pembarisan bermula dengan sesi pemilihan ahli pasukan
pembarisan seterusnya mereka yang terpilih diserap untuk mengikuti
latihan teori dan praktikal,
“pembarisan khas yang diketuai oleh Kor Komander Unit Amal
Malaysia……Tempoh latihan diadakan selama beberapa minggu,”ujarnya
ditemui selepas raptai akhir hari ini.
Beliau turut mengulas tentang seorang pasukan pembarisannya yang pengsan ketika melakukan raptai akhir.
“Ahmad Fikri Wahab, 17, pengsan ketika raptai akhir tersebut tidak mempunyai sebarang rekod masalah kesihatan.
“Ahmad Fikri pengsan hanya kerana tidak mengambil sarapan pagi dan
kini berada dalam keadaan stabil tetapi boleh meneruskan pembarisan
untuk esok,“ujarnya.
Beliau berkata, pihaknya melakukan yang terbaik dengan persiapan yang rapi bersempena program yang barakah dan berprestij ini.

Katanya,
syarat yang dikenakan dalam pemilihan anggota pembarisan untuk ijtimak
adalah sangat ketat termasuk dengan mengambil kira aspek kesihatan dan
fizikal yang baik.
“Pasukan kami tidak sabar untuk mempersembahkan yang terbaik terutama
untuk tetamu istimewa yang terdiri dari pimpinan gerakan Islam seantero
dunia,” ujarnya.
Sebanyak 3 kontinjen menyertai acara perbarisan sempena perasmian
Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-3 yang bakal berlangsung
pada pagi esok yang terdiri daripada Unit Amal, Kadet Amal dan Briged
Muslimat.
Acara pembarisan bermula pada 8.45 pagi esok sejurus ketiabaan Naib
Ketua kesatuan Ulama Islam Sedunia Merangkap Presiden PAS oleh Dato’
Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan pimpinan-pimpinan kehormat yang
lain.
Perasmian ijtimak ini akan dirasmikan oleh tuan guru sendiri. Orang
ramai diseru untuk datang beramai-ramai ke program yang kali ke-3
diadakan setelah kali pertama dan ke-2 yang masing-masing diadakan pada
tahun 1988 dan 1993.