KUALA TERENGGANU – PAS mempersoalkan, apakah keuntungan yang
diperolehi oleh kerajaan negeri Terengganu hasil dari pembukaan semula
lombong bijih besi di kawasan Bukit Besi.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata,
selama empat tahun, sejak lombong bijih besi di Bukit Besi dibuka semula
pada tahun 2010, kerajaan negeri hanya mengeluarkan sebanyak 1.18 juta
tan sahaja hasil.
Lebih malang lagi, menurutnya, berdasarkan jawapan kerajaan pada
Sidang DUN lalu, dari jumlah pengeluaran tersebut, kerajaan hanya
mendapat hasil sekitar RM1 juta sahaja.
“Kita tanya banyak mana kerajaan boleh hasil? kerajaan (jawab) dapat
RM1 juta sahaja. Bayangkan…… (hasil bijih besi) satu tan boleh (hanya)
RM1 sahaja kepada kerajaan.
“macamana kerajaan menjual bijih besi, kerajaan hanya mendapat
(hasil) RM1 juta dalam masa empat tahun? Siapa yang kaya sebenarnya?
Boleh ke (pada) siapa kah kekayaan (hasil pengeluaran bijih besi
ini),”jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis ceramah Pasca Muktamar PAS Kali Ke-59 di Rusila pada Jumaat 13 Disember.
Hasil yang diperolehi oleh kerajaan dari aktiviti perlombongan semula
bijih besi itu terlalu sedikit berbanding dengan hasil pasir dan hasil
‘tanmah merah’
Kerajaan memperolehi pendapatan sebanyak RM1.2 juta hasil ‘royalti’
pengeluaran pasir bagi tahun 2012 dan kerajaan hasil dari ‘cukai’ tanah
merah yang dialihkan pada tahun tersebut juga mencecah RM1.8 juta.
Beliau turut kesal dengan tindakan kerajaan negeri menolak usul untuk
membincangkan isu banjir yang dibentangkan oleh wakil rakyat PAS dalam
sidang DUN baru-baru ini.
Sebaliknya, menurut beliau, pemimpin Umno yang menerajui negeri
Terengganu lebih berbangga dengan projek-projek fizikal yang membawa
banyak manfaat kepada rakyat.
PAS juga, katanya, menyarankan supaya kerajaan negeri membuat
peruntukan khas bagi memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir kerana
pemberian sebanyak RM500 yang diumumkan Perdana Menteri ,
Datuk Seri
Najnib Razak Razak adalah tidak memadai.
Satiful berkata, sekiranya kerajaan boleh membelanjakan RM40 juta
untuk kejohanan perahu layar Piala Monsun dan mengeluarkan kewangan
sebanyak RM2 juta untuk menaja kejohanan lumba basil ‘Le Tour De
Langkawi’, mnengapa tidak untuk rakyat yang menghadapi kesusahan banjir?